Monday, October 12, 2015

Review Filem Polis Evo ~ Filem Aksi Terhangat 2015 (BEST kuasa 28 !!)


Kisahnya..
Hari Ahad aritu Alang datang umah..
Anak-anaknya semua nak tengok citer Polis Evo..

Ku cakap terus-terang laaa
ku memang takde hati nak tengok citer Melayu kat panggung..
Tunggu Hari Raya baru ku tengok..

Si Daania bukan main lama dah ngajak



"Ahhh.. Mama takkan tengok citer Melayu kat wayang dah"

Sebab apa? 
Banyak kali terkena pi tengok citer Melayu kt panggung
tapi bukan Filem dah macam tengok Drama kat TV
TAK BERBALOI


Ku pun tengok muka anak-anak dah excited
ku cuba cakap ngan Alang

"Kakteh try booking online.. Tengok ada chance tak"

Sekali ku bukak apps semua  di Alamanda FULL termasuklah di 
IOI City Mall Putrajaya

Rayyan dah siap sedia nak follow mama...


Ku kata kalo bebetul nak tengok baik kakteh bookingkan esok
Bila ku tengok hari Isnin sekali memang rezeki kami,
Banyak seat kosong..
Ku fikir hari Isnin sekolah kan
mana ade orang nak pi tengok wayang..
So ku booking kan untuk 7 tiket kesemuanya..

Skali bile kami dah masuk wayang
Tokojut makkk
PANGGUNG FULL HOUSE !!!

Baby Rayyan pun masuk panggung.. Sangat bagus.. Behave.. Lansung x nanes

Ku pikir kan sebab filem nie dah hampir sebulan ditayangkan
Takkan penuh lagi kot???
Dari baby sampai laa orang tua pun masuk.
Ada pakcik tua tu pakai ketayap lagi masuk..
Orang anak 5 pun masuk.. 
Penuh bebudak lam panggung nie..

Ku pun memang tak aspect tinggi untuk Filem nie..
Bila Filem start jer..
Ku memang pelik sebab ku lansung takde rase nak gi toilet ke hape ke
sebab macam taknak terlepas peluang tengok semua babak..

Wajah-wajah excited tunggu wayang start

Ku memang suka layan Filem Aksi, 
Sebab tu ku boleh tahan tengok filem aksi berjam-jam..

Kisah ini dari mula sampai habis semua Aksi
Ala-ala ku menonton Filem OngBak & Filem Juvana
Jujur wei.. BEST sangat!

Filem ini sepenuhnya di buat di Negeri TERENGGANU
Visual yang dipaparkan tentang negeri tersebut sangat laaa Ohsemmm dan menawan..
Dengan pemandangan kampung, pesisir pantai, kepulauan yang cantik, air laut yang membiru..
Tetibe rasa nak naik GANU KITE plak.. Ehhhhhhh..

Hero dalam citer nie totally loghat Ganu..
Dari mula sampai abis Filem memang speaking Ganu weyh..
So jalan citer nie memang nampak bersahaja.

Si Zizan ngan Shaheizy Sam memang power bawak watak nie..
Serius watak nie sangaaaat sesuai ngan diorang..
Kali nie filem Melayu takde scene cintan-cintun yang meloya tekak..
Setakat scene jeling-jeling si Shaheizy + Nora je laa.. Natural

Ku suka hal kekeluargaan dalam citer nie..
Memang nampak REAL..
Mak yang penyabar, penyayang..
Abang yang suke menyakat adik-adiknya
Adik2 yang suke membuli abangnya..

Adegan makan malam pun nampak sangat 'hidup'
Mak sediakan lauk kampung seperti ikan goreng kunyit, budu, ulam-ulaman.
Sebijik macam kite makan kat umah kan..
Takde laa macam sesetengah plot film yang tunjuk dok kampung tapi makan mewah bagai anak Sultan..

Ku memang setuju dengan pandangan wartawan yang mengatakan
Filem ini
"Bertaraf Antarabangsa Ala Malaysia"

Nyesal ku kutuk memula pasal Filem nie..
Adoi laaaaaaaaaaaa...

Filem Lawak + Aksi + Emosi 
Semua diadun jadi satu..

Lepas korang tengok film nie kan
Korang mesti akan rasa cam aku
SEMUA POLIS MALAYSIA ADALAH SUPER COP
Fuuuuhhh. Memang power laaa. 
Tetibe rase nak jadik Polis plak. 
Nampak hebat betul Polis Malaysia dalam citer nie..

Berapa bintang ku nak bagi??

OK.. Den bagi 5 /5
Yeszaaaaaaaaaaaaaa
Ku puas hati macam nak pi tengok lagi

Lalalalalalaalalalalalala

Tahniah kepada Pengarah Muda kita Ghaz Abu Bakar kerana telah berjaya menjadikan
Filem Melayu kita setanding dengan Filem luar..
Baru laaa rasa bangga pi tengok Filem Melayu kan kan..
Rasa puashati tu sampai ke jiwa tau tak.. Ehemmm..

No comments:

Post a Comment