Monday, September 12, 2016

Rumahku Syurgaku, Taman Senimas ~ The Haven's Part I


As-Salam semua,
Lama dah tak terjenguk blog nie.. Kebizian melampau katanya..
Aritu saja tengok umah nak pilih unit mana berkenan di hati
Ku memang tak pikir panjang dah
opkoz laaa pilih no bertuah kami berdua.. Chewahhh
1st time pi tengok unit nie.

Spesifikasi Rumah :
Rumah Banglo
Keluasan rumah nie 4004.17sf
Ukuran land area 50x80
6 bilik tidur (2 master bedroom atas & bawah)
3 bilik air
2 living room
1 dining room
1 dapur kering
1 dapur basah
1 patio
garaj untuk 2 kereta

Memula tengok umah contoh aritu terus jatuh cinta.. (rujuk sini)
Sebab apa?
Masuk umah je skali tengok siling kemain tinggi,
Pastu siap ada window plak atas pintu jadi pencahayaan sangat bagus.
Rumah memang modern design.. Citarasa den tu..
Masuk umah dah Nampak ruangan atas, memang kesukaan den
kalo masuk umah dah nampak apa suami & anakku sedang wat..
Dapur kering & dapur basah berasingan, siap pintu sliding lagi
Senang den nak membaking di dapur kering
tak kaco dapur basah
Master Bedroom ada 2, atas dan bawah
jadi ku memang nak dok bawah laa
Tiles bilik air gelap,
Tiles ruang tamu atas, tangga & semua bilik atas gelap & berciri modern
(ku memang nak gelap sbb gelap kan menawan.. kihs)
Ruang dapur basah pun tiles gelap.. haaa  memang kesukaan ku la tuu
Master room kat atas tu leh la bagi kt Daania utk dia kawen sok.. (amboih jauh nau pikir)
Bilik banyak sangat? Anak 2 je kot..
Ehh, family kami 2-2 besar
Jadi senang kalo orang nak bertandang & bermalam..
Lagipon memang dari dulu lagi baru kawen dok Cheras pastu dok Putrajaya
memang umah ku tempat port family berkumpul.


"Bagai Sireh Pulang ke Gagang"
Gitulaa perumpamaan untukku..
Masa kerja private di Cheras, Bila masuk gomen di Putrajaya
so memang nak settle down di kampong halamanku
Maklumlah kalo dah orang kampung tu citarasa nak dok kawasan harmoni gak..
Jauh dari hiruk-pikuk kota
Pastu berlatarkan gunung-ganang..
Memang ohsemmmmmmmm...


Ku buat entry nie khas untuk memori ku masa memula pilih unit nie..
Pastu nanti senang ku nak rujuk balik semua foto nie kalo nak buat apa2 projek sok..

Cerminnya originally green color
Rumah 6 bilik + 3 bilir air. Pandangan sisi hadapan

Ruang tingkat bawah
Bawah tangga cadang nak buat stor partion cam umah contoh tapi macam sayang ruang plak



Dining area sebelah sliding door, luar leh laa letak kerusi taman



Dari dining area kedry kitchen

wiring di dining area

Luas tanah sebelah kanan rumah



Dari pintu masuk dah nampak keluasan siling

Master Room bawah

Keluasan Tangga. Ku suka warna tiles gini sebab corak ira kayu
 
Tangga menuju ruang atas

Jatuh cinta ngan ruangan kaca di sisi tangga

Garaj memuatkan 2 kereta

Ruang Tanah tepi patio

Ruang Tanah belakang rumah

Ruang Tanah belakang rumah




Luas tanah sebelah kiri rumah

Terdapat 2 tingkap  di 2-2 sisi pintu

Tingkap Master Room bawah (warna hijau)

Tingkap sebelah kiri rumah

Pintu kayu yang besar

Ruang naik tangga






Bilik air atas. sinki kiri sekali tak masuk gambo

Bilik No 3

Wet kitchen



Wet kitchen.. sabo jelaa sapa makan rambutan tuu

Tanah sebelah kanan umah





Ku ukur keluasan dapur basah ikut jumlah tiles.. Senang wat rujukan


Wet kitchen siap sliding untuk pisahkan ngan dry kitchen
 
Wet kitchen tapi ku terlupa nak snap foto penuh

Patio



Ruang atas

Ruang atas




Kawasan Tanah depan nie ku dah ada idea nak letak apa




Jiran sebelah dah masuk.. waaaaa




Thursday, September 1, 2016

Review Banglo Setingkat Type B Taman Senimas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (4 bilik tidur 2 bilik air)




Hai..
OK.. yang nie plak saya nak share Banglo Type B
Kalo nak tau lot tanah juga 50 x 80 kaki
design luaran memang lain sikit dari type B
tapi dalaman exactly sama..



Pandangan sisi

Pandangam sisi

Ruang Tamu

Ketinggian siling 15 kaki

Ruang tamu

Ruang Makan

Ruang Tamu

Ruang makan bersebelahan sliding door ke patio luar

Bilik Tidur Utama

Bilik air di dalam bilik tidur utama

Bilik air semua jubin sehingga siling

Bilik Tidur ke-2

Dapur Kering

Bilik Tidur ke-3

Bilik Tidur ke-4

Bilik Tidur ke-4

Dapur Basah siap pintu sliding

Dapur basah

Ruang dapur basah

Pintu keluar dari dapur

Ruang Dapur Basah

Partition Dapur Kering

Dapur kering

Ruang keluarga

Amcam.. Cantek tak? Harga dari RM368,000.00