Tuesday, November 14, 2017

Review : Mee Kari Sungai Putat, Melaka

Alang-alang korang dah dok minum kt Mango Float Royale tu
korang leh laaa pekena
Mee Kari Sungai Putat sekali
Bersebelahan je pon

Mee Kari Ayam

Mee Kari Udang

Nie senarai harga korang leh perati dulu

Malas nak citer panjang meh aku terus bagi review

Review Mee Kari Sungai Putat : 4 bintang!!!

Soooo sedaaaap weh..
Korang kena pakat rasa
Sungguh pekat memikat kari eh

Dah kenyang? Lom lagi???

OK meh kite ke destinasi seterusnya....

Review : Kuih Keria Bang Botek, Melaka


Koranng pernah dengar
KUIH KERIA BANG BOTEK?
Haaaaa, lokasi dia bebetul berhadapan dengan Mango Float Royale tu
Kalo korang memang antu makan makanan manis
korang kena pakat beli kuih keria dia
Rasanya ada kelainan ngan Kuih Keria Antarabangsa
Korang kena cuba so boleh nilaikan sendiri
Mana paling sedap ikut tekak korang

Gerai dia ada jual pelbagai menu Nasi Campur, Kuih muih dan memacam lagik

Tengok kuih kerianya, tak payah nak beratuq.. korang amik plastik
pilih laaa sendiri

Memacam jenis kuih ada jual kat sini jugak

Kalo korang pegi Melaka
tak dapat nak merasa kuih keria antarabangsa
korang leh try Kuih Keria Bang Botek nie
Rasanya tak mengecewakan jugak
Lagipun sini tak payah kena beratur 2 jam

Untuk kuih Keria Bang Botek
ku bagi 4 bintang!

OK next!

Review : Mango Float Royale, Melaka

Haaaaaaaaaaaa,
Sampai gak korang ke episod nie kan kan kan
OK lepas je ujan dah benti kan
kami pun gedik-gedik laaa cepat siap nak kuar cepat
maklum laaa masa bercuti nie sekejapan je
So kena gunakan masa sebaiknya di Melaka nie

Lokasi pertama yang kami pergi adalah
MANGO FLOAT ROYALE MELAKA
Alamak yang tengah viral giler tuuuuu

See... meruntun qolbu korang tak?
Tapi kan kami nie tak laa tamak,
sebab cuaca tak panas berdenting kami beli share2 laaa
Tak pasti berapa cup yang kakcik belikan..

Bertingkek-tingkek cawan eh

Haaaaa, hati dah girang meh laaa kita snap foto depan port nie..
(abah weouls mmg akan jahit semua baju eh ade poket depan supaya mudah dia letak rokok.. Duda terlajak larisss.. kihs)


Nie review ikhlas aku ikut tekak aku yea..

Rasa : 3 1/2 bintang
Mangga : 4 bintang
Aiskrim : 4 bintang (sbb pakai Walls)
Promosi : 5 bintang


Mana nak carik?

Korang on WAZE > Mango Float Royale


Mango Float Royale,
Original Kampung Sungai Putat,
Melaka


OK next!

| JJCM Melaka 2017 with Abah |

Assalamualaikum..
Lama ku tak bersiaran..
Korang sihat ke?
Hope laaa masih setia membaca blog ku..

Kebetulan kakcik balik Malaysia dari Abu Dhabi
So kena buat plan yang nak tak nak keja jadikan
untuk berkumpul bersama adik-beradik perempuan

Biasa la kan memacam plan nak ke sana la, ke sini la
Last2 kami decide ke MELAKA
Of course laa korang pun tau kenapa MELAKA kan?
Sebab tak pernah bosan weyh!

Malam lepas keja kami tidur kat Homestay Mertua Kakcik
Kaklong drive dari PJ amik aku di Putrajaya
then trus bertolak ke Melaka
Masa kami sampai jam dah menunjukkan hampir 12.00 tengah malam
So scary ko, maklum laa kalo ko masuk Pedas/Linggi nak
ke Kg Ramuan China Besar memang gelap gulita sepanjang jalan
Ko memang kena berdoa je harap ade peneman
Paling bestnya
Kami dapat peneman,
ade je keta yang follow so terang sket la jalan tu..
Allah kan Maha Mendengar
Kita doa je, Insyaallah Dia Maha Mengetahui apa yang kita perlukan..

Masa kami sampai tengok abah tengah berborak ngan menantu eh..
Adoyai abah kalo dapat berborak mmg dia susah nak benti
Menantu dah tersengguk-sengguk pun dia slumber je borak lagi
Abes laaa.. Layan kan ajer... hehehe

Malam tu
Ujan ribut petir segala la
Hati dah dirundung kesedihan
Mana taknye fikir macam kami tak dapat je jelajah Melaka
isk isk isk..

Berdoa agar esok ujan benti laaa hendaknya..

Lepas Sarapan kami dok je berbual
Tunggu ujan benti
Tengok tak jugak benti
skali jam dah hampir jam 12.00 tengahari
Uwaaaaaaa, sedihnyaaaaa
with my belover sisturrr & Abah

Skali lepas tu tgk mentari dah mula muncul
mendung je sejukkkkkkkkkk
Kami pun terus laaa bersiap nak kuar jenjalan Melaka
Hati dah mula berbunga girang!


Kami pun mula laa plan destinasi mana yang terhampir dulu
So kita decide pi
MANGO FLOAT
Yeaaaahhhhh!!
Masa nie memasing dok tengok den ngangkut stroller si Fateh..

Terima kasih bebanyak yea kepada Mertua kakcik
sudi bagi kami menginap di Homestay yang sungguh selesa ni..

Fateh belasah main menan orang cam reta dia sendiri.. menunggu ujan tak benti-benti..

Nanti kita sambung ke episod seterusnya...





Sunday, October 22, 2017

The Haven's ~ Kenalpasti defect rumah

 
Hollaaaaa,
Semalam dah pergi amik kunci umah kan jadi hari ni mulalah kerja-kerja cek defect rumah..
Camne nak cek defect ya?
Saya pun banyak belajar dari group jiran tetangga (thanks korang)
Diorg laa ajar dari A-Z pasal camne nak cek defect nie..
 
 
Ok laaa ni aku tunjuk sket yea camne nak semak defect rumah
sebelum korang masuk umah korang.
 
 
Mengintai umah jiran sebelah.. Alamak canteknya dah siap gardening.. Ku baru nk cek defect umah.. huhuh
 
Bumbung plaster siling tiada, so korang kena label kan

Palang nie bawah tak pateri sepenuhnya
Haaaa, korang nampak tak?

Hi Cik Meow nanti kite berjiran yea

OK penutup saluran longkang nie pemaju tak letak dahulu sbb takut kena rembat. Maklum laa besi mahai sekarang
 Apa yang perlu penghuni rumah baru tahu untuk cek defect rumah? Selepas dapat kunci ini merupakan perkara utama yang perlu ambil tahu :

1. Lihat keseluruhan isi rumah
2. Lihat semua bilik air telah dipasang kepala paip air dan sebagainya
3. Lihat post box, boleh dikunci atas tidak
4. Tiles kena ketuk pakal siling 50sen, kalo kosong tak padat tu mesti takde simen dalam dia, nanti lelama tiles akan mengelembung
5. Cat di dalam dan luar rumah adakah sempurna
6. Siling semua dalam keadaan baik
7. Semak kebocoran dinding (elok cek lepas hujan utk lebih pasti)
8. Semua kunci utama & pendua boleh digunakan
9. Tingkap2 boleh tutup dengan rapat
10. Tiada cermin tingkap yang pecah
11. Pagar rumah dalam keadaan yang baik termasuk tembok pagar.
12. Tiada rekahan simen di dalam mahupun di luar rumah

 
Ni plak sudut yang tak cat abes.. Sabo jelaaa


Saturday, October 21, 2017

The Heaven's - Serahan Kunci Rumah oleh Pemaju

 
Alhamdulillah,
Hari ni merupakan tarikh keramat buat kami sekeluarga.
So kami akan dapat kunci rumah pada hari ini.
Kebetulan kami di Kelantan seminggu sebab urusan Majlis Perkahwinan
Jadi selepas Jumaat kami pun bergegas pulang ke Putrajaya.
 
 
Esoknya (Sabtu) kami terus ke Kuala Pilah.
Alhamdulillah, syukur Allah swt permudahkan segala urusan.
 
 
Paling happy mesti lah anak daraku
Siap dah cop nak bilik mana
Padahal ada 2 Master Room
 
Si kaklong so excited nak duduk bilik bawah jugak
sebelah bilik mama & papa
 
Kaklong & abam so excited amik kunci umah
 
Orang ke2 paling excited of course laa Si abam Fateh
Insyaallah, Surga kita di dunia
Pinjaman sementara dari Allah sebelum kita dpt berkumpul
di Jannah Allah selamanya di sana kelak..
Allahumma Amin.

 
Papa & abam pun sungguh laa excited.. si abam siap main larik2 lagi walopun umah lum cuci..
Korang nak tau tak apa dokumen yang pemaju sediakan semasa serahan kunci?
1. Surat untuk bayar cukai pintu
2. Surat dari Syarikat Bekalan Air dari Pemaju untuk Penghuni (korang wajib minta dengan pemaju sebelum buat pembayaran sendiri)
3. Surat dari TNB dari Pemaju untuk Penghuni  (korang wajib minta dengan pemaju sebelum buat pembayaran sendiri, kalo takde surat dari pemaju korang kena charge tinggi nanti)


So far tu je yang aku nampak.. Jadi kalo korang dalam proses serahan kunci make sure perkara di atas disediakan yea. Paling utama adalah kuncinya haruslah semua OK.. Ade jugak banyak kes dapat kunci lain..

Rumah lom cuci, abam dah abes tawaf keliling umah.. Peluh dah ngalahkan org pi membanting padi


Insyaallah, jumpa lagi di lain masa.. As-Salam..













 


Saturday, July 22, 2017

The Haven's ~ Kerja-kerja pembaikpulihan defect rumah

As-Salam, holaaaaaa, sehat ke semua?
Aritu saje ngajak shuben tgk progress kontraktor betulkan umah.
Umah baru nak masukkan so memang banyak laa defect-defect yang perlu dibaiki.
Masa kami sampai depan pagar umah tu tengok ramai la pekerjanya
dok tengah repair umah,
dari betulkan paip, pasang sinki, cat semula, cuci longkang,
buat simen baru untuk takungan dan semua la

Saje aku simpan sini so senang aku nk rujuk in future.
 
Umah depan aku tu still takde ownernya... Meh laa sesape nak berjiran
 
 
biase laa, kontraktor tampal iklan

kontraktor nk bersihkan longkang

banyak tong cat untuk proses cat semula


Shuben tgh sibuk ninjau kerja2 kontraktor


ape la yg runsing sgt tuh sampai berkerut dahi

proses mengecat bahagian dalam umah pula

bincang ape tuh


Sinki kt dry kitchen pun baru di pasang


Hi, nampak je jiran sebelah tuuuu

Sinki & paip di wet kitchen pun dah pasang.. Alhamdulillah



OK bilik air pun dah pasang paip


Kontraktor gigih mengecat semula seluruh umah.. lanie tgh cat ruang tamu atas


sabar je dia ngecat sensorang

Shuben macam mandor

Wak nie kerja dia bagus gak.. teliti ku tgk