Saturday, October 24, 2015

3D Glass Paper ~ Cahaya Semulajadi menerangi rumah anda!

Kisahnya..
Ku nye day curtain dh koyak, night curtain still elok dan cantik. 
Ku nak hantar ke tukang jahit langsir,
Nak dia jahitkan day curtain yang baru lebih sesuai..

Dari hari ke hari memang asyik tertangguh je. 
Langsir dok diam lamaaa dalam plastik tu..
Sampaikan tingkap bawah nie ku tutup ngan partition & selimut je..
Alahai malu betul bila orang datang umah..
Dari sehari kini dh masuk sebulan!
Ahahahaa

Lelama ku pikir,
Cane nak buat umah nampak cerah?
Orang luar x nampak org kt dalam umah?
Dengan kos paling rendah?

Ku memang dh pening sebab rumah nie memang gelap..
Dari langsir yang gelap sampai laa segala perabot ku semua hitam..
Sehinggakan aksesori ku pun banyak yang hitam..
Konon hitam itu kan menawan. Cheeewaaah!
Dulu mmg ku suka laa tona warna nie. 

Sejak akhir-akhir nie ku rasa serabut sesangat..
Tak boleh tengok warna-warna gelap nie rasa nak pitam!
Sekarang nie mata nak tengok Biru dan Putih jeeee. 
Warna lain memang tengok nak muntah..
Mandi pun ku suka guna bilik air Daania sebab biliknya berjubin cerah sedangkan bilik airku jubin bewarna oren merah,
Berpinar biji mata setiap kali nak mandi..
Seboleh daya ku nak memandang biru atau putih. 

Berbalik kisah tingkap dan pintuku tadi,
Jadi ku pikir apa benda yang boleh bagi rumah nampak cerah tanpa org luar nampak kite di dalam?

Takkan ku nak tukar segala perabotku yang bewarna gelap ni?
Takkan ku nak keluarkan bajet utk tukar semua langsir rumahku ni?
Takkan ku nak pasang lampu sepanjang masa nak bagi cerah?
Mau giler panas ku duduk dalam umah nie dek bahang lampu..

Puas ku pikir, 
akhirnya ku berjumpa jugak solutionnya..
Jadi ku decide nak pasang Glass Window Wallpaper
Kos murah dan paling best cahaya masuk ke dalam umah tanpa batas!
Benda wajib adalah orang luar tak nampak orang dalam. 
Kalo pasang langsir day curtain pun still nampak bayang kaaan?
Tak selesa sungguh rasanya..
Sebab ku memang perlukan PRIVASI..

Ku pun mulakan misi pencarian..
Abes selongkar kt Uncle Google
Akhirnya ku dh jumpa apa yang dihajati..

Cara pemasangan pun mudah sebab dia dh siap pelekat. 
1 roll include postage RM50 sahaja.
Muat utk 2 pintu dan 2 panel tingkap. 

Cara pemasangan :

1. Cuci pintu/tingkap dengan glass cleaner
2. Ukur pintu/tingkap
3. Potong glasswallpaper mengikut ukuran pintu / tingkap
4. Sediakan 1 botol spray ( isikan air 3/4 + beberapa titisan sabun basuh pinggan)
5. Spray permukaan kaca
6. Bukakan pelekat glasswallpaper
7. Spray permukaan glasswapaper
8. Tampalkan sebaiknya di permukaan kaca tersebut
9. Keluarkan air serta gelembung udara dgn menggunakan kad keras / kad atm terpakai sehingga benar-benar bebas air/buih.
10. Lap sehingga kering permukaan kaca.


Perbezaan di antara sebelum dan selepas pemasangan glass window wallpaper. Sangat ketara kan?


Cahaya yang masuk pada waktu siang


Cahaya yang masuk pada waktu malam


Cahaya di awal pagi. Rumah bebas langsir.. 

Sekarang ku selesa begini tanpa langsir
Langsir akan ku pasang jugak nanti maybe bila benar-benar diperlukan..

Saje ku memilih warna latar biru
Agar bila kena cahaya matahari sejuk je rasa seisi rumah..
Biru kan mendamaikan.. Tenang je rase jiwa nie...
Wawawawaaaaaaaa...

Glasswallpaper nie baru dpt semalam
Ku order 3 tapi hanya dpt 2 roll sahaja 
Katanya corak nie out of stock

Jika korang nakkan privasi
Boleh la gunakan glass wallpaper nie. 
Pelbagai corak sebenarnya
Ada beratus corak bagi glass wallpaper
Pilih mana yang berkenan di hati..

Bile dh dapat semalam
Balik dr opis ku terus berkobar-kobar nak memasang.
Penuh hati-hati sebab ku taknak apa-apa terjadi kepada diri ..

Alhamdulillah dgn pertolongan Yang Maha Esa memberikan kudrat akhirnya siap jugak projek kecilku ini. 

Next projek ku nak pasang di pintu dan tingkap bilik tidurku. Moga Allah swt permudahkan..

OK. Ramaaaai plak dok tanya kan mana saya beli. Meh tinjau kat bawah nie. Ku beli di sini :



Tataaaaaaa..... !!!


No comments:

Post a Comment