Wednesday, October 7, 2015

Review ~ Everest Film 2015

"Dah tau susah melampau kenapa nak gi panjat lagi? Degil? Bahaya tempat tu.. Padan muka laa," bentak Daania..

"Ishhhhh... Dah tu minat diorg mana boleh larang.. Macam Daania laa minat melukis. Ada orang minat panjat gunung. Minat memasing," marahku pula..

Omelan tak sudah si Daania. Dia rasa marah ya amat pada si ayah kerana susahkan diri sendiri pergi tempat bahaya tanpa dapat melihat wajah bayinya sendiri..


Kisah ini adalah merupakan kisah benar berdasarkan Tragedi Everest yang berlaku pada tahun 1996 lalu.

Filem yang hebat ini telah menelan belanja sebanyak USD 55 juta dan sehingga sekarang mencecah keuntungan hampir USD 160 juta.

Korang camne kental pun memang akan tangkap syahdu laa bila korang menghayati kisah ini..



Kisahnya bermula dgn seorang bernama Rob Hall ketua pendaki meninggalkan isteri yang sarat mengandung anak sulungnya pergi membawa para pendaki baru ke Puncak Gunug Everest. 

Terdapat juga pendaki yang terlalu megah dan menempelak Rob Hall agar sentiasa memastikan dirinya selamat kerana bayaran yang terlalu tinggi untuk dibayar bagi setiap pendaki iaitu kos sebanyak USD 65,000.00 seorang.

Rob merupakan seorang ketua pendaki yang tabah dan sabar. Kekuatan jiwa dan mentalnya serta semangat setia kawan dalam memastikan semua anak buahnya selamat di bawah jagaannya sehinggakan perbuatannya itu memakan dirinya sendiri. 



Akhirnya Rob pergi buat selama-lamanya bersama beberapa peserta lain akibat ribut yang teruk melanda Everest sebanyak 2 kali..

Pendaki wanita Jepun iaitu Yasuko mati beku akibat ribut yang teruk di Everest. Doug juga mengalami halusinasi kerana fikiran semakin kurang waras kerana kekurangan oksigen, Doug akhirnya mati  tergelincir dari puncak Everest dek angin kencang.


Mayat Rob masih berada di Puncak Everest sehingga kini. Rob begitu mengimpikan anak perempuan dan ingin dinamakan sebagai Sarah. Isterinya selamat melahirkan permata hati mereka tanpa Rob di sisi..

Dialog yang amat memberi kesan kepada ku :

"Kenapa kita susah-susahkan diri kita di sini?"  Sambil mereka senyum bersama..

Hanya mereka sahaja yang tau tujuan mereka mendaki Everest...  "Why"

...........

Oh sedih tau tak!!! Mak sampai teresak-esak lam panggung. Seb baek mak dok kerusi paling belakang. Ade laa bebudak muda dalam 6 orang dok kerusi depan mak. Tiap kali diorg dengar mak sob sob, mereka gelakkan. 

Ade yang nak kena penampor gajah rasenya.. Padahal diorg pun sebak tgk citer nie tapi cover baeeeeeeek nye. 

Kalo korang bawak tisu baek tak payah. 
Sediakan towel mandi laaaa senang nak lap empangan pecah..

Mak memang jenis 'touching' so kalo babak sedih sket dh menangis beriya inikan plak kisah benar camnie. 

Serius nak tengok lagi. 

Kalo ada 5 🌟🌟🌟🌟🌟
Mak bagi 6 🌟🌟🌟🌟🌟🌟 boleh ? 


Paling lawak mak decide nak tgk citer nie lepas koje.. Trus book online pakai mobile apps.. Solat Asar sesiap kt opis then  ajak Daania dr blk sekolah x tukau2 baju sekolah. Mak pun pakai baju koje lagi. Tipon pak Shuben dia baru sampai Hway Karak ckp minta izin nk tgk wayang. Malas ajak Pak Shuben. Kalo ajak dia xleh concerntrate dlm panggung. 

Dialog dia kalo tgk wayang :
"Lama lagi ke citer nie? Bile nak abes?"

Ilaaaang fokus mak nak tengok wayang tau tak..

Sentuh bab Panorama. Ya Allah. Cantiknyaaa. Rasanya macam mak ada dalam movie tuuu. Memukau betul laaaa. Patut orang gila nak mendaki Everest. 

Bagi pencinta-pencinta alam anda mesti tengok filem nie.. Kang cakap wajib kang korang kena pegi plak. Tak pegi tak boleh. Kihs..

Elok je citer abes jam 7.50 ptg mak ngan Daania cecepat lari keluar ikut pintu utama sbb nk gi surau kt GSC. Bagus GSC sini siap sediakan Surau 👍👍👍

OK laaa. Tu je review dr mak..

Lokasi : GSC Alamanda
Tiket Dewasa : RM8
Tiket Kanak2 : RM7.50
Charge : 50 sen

Selamat Menonton Kekawan!




No comments:

Post a Comment