Thursday, October 1, 2015

Restoran Assam House di Ayer @ 8, Presint 8, Putrajaya


"Mama.. Daania dah lapar sangat nie.. Boleh tak kite pergi makan?"

"Boleh.. Lepas Daania balik ngaji kang kite pi makan laa sama Atuk"

Lepas je dia ngaji, cecepat dia dah standby masuk keta.. Sah le tu lapor sesangat dah..
Ajak Abah siap copek..

"Kite nak makan kat mana nie mama?"

Ku diam je.. Saje taknak bagi abah tau.. 

"Kakteh.. Ko nak gi makan mana nie? Tak payah jejauh sesangat.."

"Takde laa jauh.. depan nie je dah sampai"

"Abah nak makan apa"

"Abah kalo boleh nak makan nasi"

"Daania pun nak nasi.." tetibe si Daania nyampuk

Ku memula nak ajak abah makan kat 

RESTORAN TOMYAM KUNG 

tapi tengok orang mak oih ramai nye..

So tetibe mataku dah menagkap satu restoran baru

 ASSAM HOUSE RESTORAN

Hadapan Restoran

Abah setia menunggu order makanan

Daania yang dah lapor

Tomyam Seafood

Air Longan

Telur Daging

Kerabu Mangga

Jus Tembikai

Mari laa kite mulakan dgn Bismillah..

Alhamdulillah.. Selesai..

View dalam Restoran

Pandangan yang ohsemmm menghadap Tasik Putrajaya

Lepas makan-makan ajak abah melepak depan Tasik

Abah suka pegi sini...

Harga keseluruhan : RM72.10
Kuantiti : 3 orang makan
Makanan : 3 / 5


Abah sempat lagi beramah-mesra ngan anak Tokey yang wajah memang Pan-Asia laaa. Kacak sungguh ku tengok dgn mata hazelnya..

"Uishhh.. Handsome sangat awak nie.. Bukan Melayu kan?

"Saya Melayu, Mak saya Cina, Ayah saya Pakistan"

Ku pun terkulat-kulat.. Mana datang Melayu dia? Maybe sebab warga Malaysia kot.. Hehehe
Patut laaa handsome, 2-2 mak ayah dari benua yang berlainan..

"Daania nanti pilih suami orang Palestine tau" terus ku nasihat kat Daania.. Ahahahahaha

Alhamdulillah... Kenyang dah semuanya..
Bila dah kenyang ajak abah gi bersiar kat depan tasik
Punya laaa abah terkejut..
Dia memang tak pernah sampai sini..

"Ya Allah.. Cantiknya view sini.. Abah tak pernah tau Putrajaya ada tempat cantik macam nie"

"Daania nak tau, Atuk kalo dok kampung menghadap hutan je.. Sini atuk boleh tengok pemandangan yang cantik macam kat Oversea"

"Abah kalo ko hantar abah lepak sini lelama pun abah OK.. Abah sanggup.. Sampai 4 pagi dok sini pun abah suka"


"Nanti abah nak bawak kereta sendiri ke Putrajaya. Abah nak cuba belajar pegi kat sini sendiri"


Amboooooi tak habis-habis abah dok puji Ayer@8 nie..
Ku tau laaa apa yang abah ku suka
Sebab tu ku bawak dia dediam ke sini..

Abah macam taknak balik
tapi ku cakap dah pukul 11.30 malam
kakteh nak kojo bah esok..

Ahahahahahaha..
Baru laaa abah nak pulang
Kalo dibiarkan mau sampai esok Subuh dok merenung kt tasik nie..

"Atuk nanti Daania nak beli rumah Banglo ada kolam renang kat sebelah tasik nie.. 
Nanti Atuk bangun tido je atuk tengok tingkap nampak terus tasik"

"Kalo macam tu boleh ke Daania sediakan 1 bilik untuk Atuk?"

"Boleeeeeeeh sangat.. Atuk boleh tinggal sama Daania laaaa"

Abah tersengih-sengih sambil cakap time kasih kat Daania sebab sudi sediakan 1 bilik khas untuk atuk..


Ku gelak je sambil memandu pulang...

No comments:

Post a Comment