Saturday, October 10, 2015

KAISON Paradigm Mall Petaling Jaya - Gedung Hiasan Rumah Anda


Kisahnya...
Sabtu aritu nak gi Kelana Jaya sebab nak amik barang order dari Zaz Gals.
Barang yang ku order dari oversea dah sampai Malaysia dah.
Bila Pak Shuben tanya barang apa,
ku cakap mangkuk..
Haaaaaa... Dia dah bebel..

"Nak buat apa lagi beli pinggan-mangkuk bebanyak simpan je dlm almari tak guna..
Tu dah kira berdosa tau tak"

"OK laaaa.. mama tak beli dah.. Nie last", macam biase jawapanku utk tutup sesi ceramah..
huhuhu..

Kedai Zaz Gals letak kat Kelana Jaya so bebetul di belakang Paradigm Mall
Bila dah alang-alang sampai tu ku pun melahirkan hajat hati nak singgah Paradigm Mall
Pak Shuben hanya turutkan hati sebab memang take plan apa-apa hari nie
Saje ngisi masa terluang..


Paradigm Mall nie memang sangat laa besar bak hang..
Parking pun dah bertingkat-tingkat
Utara-Selatan bagai..
Untuk senaman kaki memang sesuai sangat la kan..
Sape laa tak suke Window Shopping.. Kihs..

Ku memang berhajat nak tengok Wallpaper kat KAISON
Jejiran ku semua beli kat sini..
Katanya murah laaa lagi pun dah siap berpelekat..
Senang tinggal tepek je..

Kisah nak pasang wallpaper nie sebab dinding umah dah kena 
coretan awan larat kat anak buah ku yang comel
Mataku plak asek nak pandang tempat yang di conteng tu..
Tu pasal nak suh Pak Shuben wat Wallpaper..

Rupanya kedai KAISON nie terletak di Aras ke-2 paling atas..
Atas sekali GSC.. Fuuhhhhh memang exercise betul haritu..
Kena gigihkan diri sebab nak jugak kan...

Daania melangkah masuk ala-ala gaya model eh..

"Ehhh.. Akak snap pic saya ke?" "Tak laaa.. nak amik gambo Kaison tu"

Hiasan / Deco untuk Krismas

Semua item perhiasan rumah ada di sini

Pilih je mana berkenan..

Laaaaaagi Wallpaper

Lagi dan lagi Wallpaper

Ada lagi...

Naik rambang mato


Frame nie ada laa besar dinding ruang makan.. Fuuuuhhh..

Frame nie pun mantop

Frame yang mencairkan jiwaku

Harga untuk Wallpaper ada semurah RM19.90 sehingga RM70 1 roll.
Jika nak bandingkan bab kualiti opcoz laa yang lagi mahai lagi tebal dan berkualiti tinggi.
Sediakan wang anda secukupnya bila masuk ke sini.

Bila dah tengok Wallpaper hati terpaut plak pada aneka frame yang wallaaaaaaahhh...
Harga dari RM20 sehinggalah menjangkau ratusan ringgit..
Tapi padaku memang berbaloi-baloi beli sendiri..

Biasa frame yang di jual di Facebook or mana-mana media sosial semua mahal-mahal belaka.
So, korang leh dapatkan frame yang murah dan berkualiti di sini..
Serius berbaloi dengan wang yang anda keluarkan..

Jangan besok bila ku pergi umah kekawanku semua barang perhiasan sama je.
Sah lee semua dah pergi ke KAISON lepas nie..
Tak sabar nak hias rumah gamaknye..

OK.. Jumpa lagi..






No comments:

Post a Comment