Saturday, August 31, 2019

Living Hall The Havens

As Salamualaikum
Korang semua sihat?
Aku Alhamdulillah sihat disamping keluarga tersayang

Semua orang pun ada impian untuk design rumah sendiri kan?
Aku dalam kepala nie memacam benda dah aku design
Cuma semuanya terhalang dek money money money..
Cam biasalah la kan kalo kita nak buat sesuatu tu impian dia kemain besor lagi
Apapun buatlah mengikut kemampuan kita
Buat sikit-sikit 
Insyaallah akan dapatlah hasil yang terbaik kita impikan kelak

OK foto di bawah nie adalah foto living hall rumah aku
memang kosong takde barang
sofa pun tak ku letak lagi 
sebab nak mudahkan keluarga ku datang berkumpul
Maklumlah sebelah aku sahaja hampir 50 orang termasuk ipar-duai dan anak-anak saudaraku
Jika belah suamiku lebih la ramai lagi
Jadi buat masa nie biar lapang dahulu

Hasilnya lepas siap plaster siling, tukar railing tangga kepada tempered glass, L-Box, pasang kipas and chandelier semua.. Meja makan IKEA 4 kerusi tu aku dah letak kt Dry Kitchen utk family comel aku makan kat dapur.

Pakai meja kerusi plastik dulu.. menabung nak beli meja makan idaman.. kihs.. Meja ngan kerusi plastik nie banyak guna nanti.. Maklum laa aku memang suka jamu orang makan.
OK jadik tengok tang tangga tu memang tutup penuh dah dari paras pinggang ke bawah.. makanya idok dapat laa bebudak terchenta ni nak juntai-juntaikan kaki deme..

Rupa paras ruang tamu asal, punya la kepam cat tu lepas cuci umah.. Adoi laaa...

Railing tangga nie bukak semua gantikan ngan tempered glass. Sebab aku ramai anak buah, semuanya super aktif, aku riso diorg dok julur2 kaki kat bawah railing tangga nie. So seriau.. Makanya kita tutup je semua terus sampai tak leh nak julur kaki memasing.

Aku simpan sini untuk rujukan aku masa akan datang. Kenangan aku jerih perih nak siapkan satu persatu. Jangan tak percaya aku design semua plaster siling dalam umah tu. Ruang ni nak letak apa, cornice nak letak kat mana, L-Box pasang kat mana, semua benda aku pikir.. Aku happy sebab memang dari kecik aku suka design umah. Aku juga kongsi minat bersama gang-gang deco.. Moga Allah jaga niat aku bukan untuk menunjuk2 tapi sekadar berkongsi deco bersama pembaca budiman. Amin...






No comments:

Post a Comment