Friday, March 18, 2016

Teknik HypnoBirthing ~ Melahirkan Tanpa Rasa Sakit


Apa tu?? 
Teknik HypnoBirthing
Tak pernah dengar??

Tagline teknik HypnoBirthing :

"Melahirkan tanpa rasa sakit"

Foto ihsan Google

Macammana nak melahirkan tanpa rasa sakit?
Tanpa ambil sebarang ubat-ubatan?
Adakah logik diterima akal?
Bunyi macam pelik dan tak logik kan?
Tapi itulah yang saya belajar..
Belajar pun bila kandungan dah masuk usia 39 minggu
  
Foto ihsan Google

Seharusnya ikut saranan kena ambil kelas begini
Semasa kandungan mencecah 7 bulan..
Baru benar-benar anda akan mempraktikkan sebaik mungkin.
Kelas ini diadakan oleh Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
di bawah UNIT REHABILITASI
Hebatkan?
Ku pula disarankan oleh Nurse yang melihat perkembanganku dari minggu ke minggu..
Memandangkan jarak kelahiranku dgn anak pertama adalah selama 9 tahun lebih
Jadi dia mencadangkan agar aku mengikuti kelas
HypnoBirthing ini.
Kelas ini sebaiknya dihadiri oleh suami juga bagi tujuan sokongan.

Kelas HypnoBirthing yang diadakan mengikut temujanji di Klinik Presint 18, Putrajaya
Pernah dengar tak?
Banyak penyakit dalaman hilang bila praktikkan cara pernafasan yang betul
 Kiranya kita mempelajari teknik pernafasan yang sebetulnya
dan mengawal minda separuh sedar kita

Jika kita dapat menguasai minda separuh sedar,
Kesakitan yang dialami kita boleh ubah kepada ketenangan.
Sebab apa?
Kita dah mengawal sepenuhnya tubuh badan dan minda kita.
Kita kawal minda 100%, secara tidak langsung tubuh badan kita akan mengikut kata minda kita..
OK faham tak apa yang saya cuba terangkan?
Huhuhuhu.. Susah nak faham ke?
OK OK begini...
Manusia adalah ciptaan teragung oleh Maha Pencipta iaitu Allah SWT.
Allah menjadikan otak adalah organ tubuh paling hebat dan sangat hebat.
Otak adalah pusat kawalan bagi keseluruhan badan
Badan akan bertindak selepas mendapat arahan dari otak (minda)
Majoriti manusia di bumi ini hanya menggunakan 20% sahaja sel otaknya..
Bayangkan jika seseorang manusia dapat menguasai 100% dari sel otak yang Allah SWT kurniakan??
Haaaaaa.. Boleh fikir tak?
Bila kita bernafas dengan cara yang betul
Maksudnya kita telah menyalurkan bekalan oksigen sepenuhnya kepada otak.
Bila oksigen memenuhi otak ia akan mengaktifkan semua sel otak.
Keseluruhan sel otak berjumlah 23 billion neuron.. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Hebatnya ciptaan Allah SWT..
OK berbalik kepada cerita pasal teknik Hypnobirthing nie
Teknik nie lebih kepada kawalan minda..
Bagaimana nak kawal minda? 
So kenalah bernafas dengan teknik yang sempurna

Foto ihsan Google

Teknik HypnoBirthing :
Rehatkan minda
Lapangkan dada selapang-lapangnya
Tenangkan jiwa
Pejam mata anda
Bayangkan ketenangan dan kegembiraan
Bayangkan sesuatu yang paling manis dalam hidup anda
Tarik nafas dengan betul 
Tarik dalam-dalam selama 4 saat 
(bahu jangan terangkat tetapi dada anda yang kembang)
Tahan nafas 4 saat
Lepaskan secara perlahan-lahan selama 8 saat menggunakan mulut 
(mulut jangan buka luas, buat bentuk bulat seperti anda ingin meniup sesuatu. Keluarkan karbon dioksida secara perlahan-lahan. Lagi lama lagi bagus)
Ulangi langkah ini sebanyak yang boleh
Jika mampu buat 2 kali sehari iaitu pagi & malam sebelum tidur
Lakukan selama 10-15 minit bagi setiap sesi
anda akan dapati anda berasa benar-benar tenang dan damai.
Apa kebaikan kepada si ibu :
Ibu akan benar-benar tenang dan damai
Ibu rasa cukup rileks
Ibu akan hilang rasa takut dan stress melahirkan
Ibu akan Kuat jiwanya
Kebaikan pada si anak :
Anak akan mendapat bekalan oksigen yang sepenuhnya dari ibu
Anak akan lebih tenang dan tidak stress
Anak akan menjalinkan hubungan jiwa bawah sedar bersama ibu
 Anak lebih tenang ketika proses contraction
**Ingatlah apa jua emosi si ibu akan bertindak langsung kepada si anak. Jika emosi ibunya stabil, anak juga begitu..
Kebaikan pada si suami :
Suami akan lebih bersemangat
Suami menjadi lebih tenang kerana melihat si isteri yang tenang dan damai juga
Bila suami bersama-sama isteri dalam HypnoBirthing ia akan membuahkan satu jalinan kasih yang utuh


Jadinya ku amat laaah berharap agar aku tenang dan dapat membuat teknik ini sewaktu proses melahirkan cahayamata kelak.. Takut bila dalam bilik bersalin apa pun ku tak ingat... huhuhuh..
Baby Google
Di saat si ibu bertarung nyawa dalam melahirkan si anak tersayang, kita harus sedar anak itu sendiri sedang berusaha untuk keluar melihat alam ini. Sebenarnya dari segi kekuatan fizikal dan roh anak itu lebih kuat untuk berusaha bersama-sama dalam menjayakan misi. Dia berusaha keras untuk keluar dari ruang yang sempit di dalam rahim ibu dengan sepenuh kudrat kecilnya.
Moga dengan bantuan dari ibu dapat bersama-sama memberi dorongan kepada si anak kecil.
Bukanlah usaha kita semata-mata. Anak itu telah mengambil masa berjam-jam lamanya iaitu dari proses kontrasi bermula sehinggalah ia benar-benar boleh keluar melihat keluarganya sendiri.. Betapa hebat aturan Maha Pencipta... Moga kita lebih menghargai kehidupan kita..
 




No comments:

Post a Comment