As Salam...
Korang sihat tak hari ni??
Ku sihat, Alhamdulillah.
Hari ni berkobar-kobar nak share pasal satu event nie..
Kisahnya..
Semalam si Hilda hantar sesuatu kepadaku.
Katanya ada event best kat PICC Putrajaya..
Ku memang tak tahu menahu.
Ku pun mulalah meng Google..
Ohhhh. Baru ku tau
Kat PICC ada Live Performance Borneo
Kira pasal Rain Forest la nieee..
Hutan Hujan Tropika.
Ku ingatkan konsert runut bunyi.
Ku pun call la no yg di beri
Memang kena call dulu sebab nak buat reservation tau..
Jangan main pergi je..
Nanti kalo dah full sedih jadinya.
Paling best kalo korang nak tau
Mac 2016 nie promosi untuk kakitangan kerajaan.
Masuk adalah PERCUMA!!
Untuk satu keluarga lagi.
Hanya call, buat tempahan pastu tunjuk pass card kat ticketing counter
Yeaaaahhhhhhh...
Lagi laaaa seronok dibuatnya.
Nie harga tiket. Kalo korang nak buat tempahan untuk Sesi Lunch & Dinner pun cun gak..
Ada 2 sesi iaitu jam 2 petang & 6 petang setiap hari.
Saya difahamkan live performance ni sepanjang tahun 2016 nie.
Jadi korang boleh lah susun masa korang nak pergi bila..
Semalam lepas je balik kerja
Cakap kat tuan suami. Moh le kita pergi
Konsertnya 1 jam sahaja.
Jam 6pm- 7pm..
Dari umah nak ke PICC memang la dekat sebab tak tempuh traffic light sangat.
Sesampai je. Terus pi kaunter tiket
Tunjuk pass card then tulis nama kat buku sbb masuk sbg staff kerajaan.
1 family ku bawak..
Best. Ngam ngam. Cari port paling depan sekali. Ahahahaha
Sebabnya si Daania tak nampak,
Kerusi dia agak tinggi walaupun mcm stage GSC Cinema.
Masa ku masuk tu memang agak kagum la
Sebab tak sangka Hall A, PICC berubah wajah sama sekali
Dah macam kat dalam GSC Cinema dah
Dengan sound sistem yang amat powerfull padaku.
Sampai bergegar lantai dibuatnya
Stage pun mantap..
Ala-ala berada di dalam hutan hujan tropika..
Ada penceritaan dalam live performance nie..
Dari awal cerita sampai lah habis
Padaku memang best.
Kalo korang dah biasa travel ke China
Pasti akan ada slot utk tgk live performance China pasal akrobatik kan?
Haaaaa dalam Sada Borneo nie pun hado..
Aku boleh plak touching tgk live performance nie.
Sampai berjujuran airmata
Sebabnya terkesan dgn tembakan kepada burung kenyalang,
Terkesan dgn pencerobohan hutan hujan tropika kita dan banyak sebab lagi..
Menangis pun sebab tak sangka Malaysia mampu membuat live performance setanding China..
Maybe boleh improve lagi..
Keseluruhan live performance nie
Ku bagi 4/5 bintang 🌟🌟🌟🌟
Ku suka macam nak repeat lagi sebelum ku selamat bersalin minggu nie. Ahahahaha..
Daania pun sangaaaaaaat suka,
Sebab ada penceritaan, lagu borneo, tarian borneo, akrobatik, pelbagai jenis haiwan, tumbuhan dan termasuklah bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia..
Welldone Tourism Malaysia!!
Welldone Malaysia!!
Saya suka bila PICC ada buat event nie secara tahunan
Sekurang-kurangnya nampaklah hidup PICC yang amat gah di Putrajaya nie..
Ku belanja sket foto live performance tu.
Ikutkan memang tak boleh amik sebarang gambar or video
Tapi sebab ku nak promote kat kengkawan
Snap laa barang sekeping dua..
Kang korang tak caya plak ku cakap best!!
Hokkay.. Tu jer review ku kali nie..
Moga korang support event Malaysia
Moh le ajak sekeluarga tengok live performance nie..
Tataaaaaaaaaa 🖐🏻🖐🏻🖐🏻🖐🏻
No comments:
Post a Comment