Sunday, September 27, 2015

Langkawi 2015 ~ Makam Mahsuri di Kota Mahsuri ( Day 5 / 27 Sept 2015 ) Siri 25


Ini adalah destinasi yang amat dinanti-nantikan oleh Abah..

MAKAM MAHSURI

Abah terlalu mengkagumi ceritera berkaitan Mahsuri
Jadi dia bebetul teringin melihat sendiri sejarah Mahsuri tersebut di hadapan matanya.
Bila sampai ke sini ku memang dah tak cam lansung laaa..
Sebab dulu pergi takde laaa secantik ini..

Nie dah macam Kompleks rasmi dah ku tengok
Lawa betul tempat ini di bangunkan dan disenggara dengan begitu baik sekali.
Siap pondoknya, kauner tiketnya, memang tersusun, terletak semuanya..






Harga Tiket : Dewasa RM10 / Kanak-Kanak RM5




Salasilah Mahsuri








Abah menangis teresak-esak ketika membacakan doa buat Mahsuri.. Moga rohnya dicucuri rahmat Illahi..


Lepas abah dah lega ku ajak abah ambil gambar di depan Pusara Mahsuri



Eh eh.. Selfie ke Wefie

Marhaban

Amani cuba kukur kelapa

Abah : Abah masa kekecik dulu macam nie laa dapur umah wan ko.. Tiup nak bagi idupkan api camnie haaa

Bila memasing baca je pasar Air Telaga Mahsuri semua dok pakat basuh muka sebab nak Awet Muda dengan izin Allah swt.. Ingat tuuu..

Pak Shuben pun nak kembali Kacak Tampan Bergaya


Abah terus amik wuduk

Pak Shuben nie sebuk suh snap gambo dia ber Vape.. 

Saujana mata memandang

Abah : Amik gambo abah kat kerusi nie teh... 



Lepas isap rokok order plak Laksa Utara

Memasing sebuk tengok gambo sepanjang di Langkawi 


Hujan dah turun...
Ku dah pergi beberapa kali ke sini pun tetap rasa nak pergi lagi..
Apa yang korang nampak di gambar adalah tidak sama 
perasaaannya jika menjejakkan kaki ke sana.

Ini bukanlah tapak asal dan makam asal Mahsuri
Tapak lama dikatakan adalah di Beras Terbakar.

Cerita Mahsuri ini difilemkan buat pertama kalinya oleh
Allahyarham Seniman Agung P. Ramlee..

Memang akan rasa sebak jika kita menjiwai watak tersebut.
Bagaimana Mahsuri difitnah
Dia kemudian diseksa dengan di ikat di sebatang pokok
berhari-hari tanpa makan dan minum
kemudian cubaan untuk membunuhnya berkali-kali
semuanya tidak berhasil
sehinggakan Mahsuri memberitahu sendiri
apa senjata yang boleh menembusi anggota badannya..
kerana dia merasakan terlalu letih dan sudah tidak bermaya diseksa begitu..

Darah yang keluar bukanlah darah pekat yang mengalir
namun Darah Putih yang mengalir terus naik ke langit biru
membuatkan seluruh rakyat jelata merasakan
benar Mahsuri telah dianiaya.

Bumi Langkawi menjadi Padang Jarak Padang Tekukur
Terlalu banyak pertumpahan darah berlaku di sana-sini
Peperangan Langkawi dengan pihak Siam tiada kesudahannya
Sehinggakan diberitakan si pemfitnah asal iaitu Mahora telah dirogol oleh tentera Siam
Mungkin itu juga balasan dari Pencipta.

Penduduknya porak-peranda
Manusia hanya boleh dibilang dengan jari
Hanya kerbau yang menguasai seluruh pelusuk Langkawi
Rata-rata penduduk berhijrah ke Phuket dan sempadan Thailand / Siam

Benarlah sumpahan Mahsuri itu membawa kepada 7 keturunan
Tiada apa kemajuan dapat di capai sebelum ini
Penduduk asal Langkawi mengatakan
Tiada sebarang rezeki disini
Bercucuk tanam juga tiada yang berhasil
Apatah lagi sumber di Lautan
Tidak tahu dimana silapnya..

Kini
Langkawi tidak seperti dahulu
Penduduk setempat berkata
Apa sahaja yang diusahakan 
Pasti berhasil
Dari Sumber lautan
Sumber tanah
Sumber Bumi
dan segala jenis perniagaan
di Bumi Langkawi
Semuanya membuahkan
Keuntungan berlipat-kali ganda..

Syukur pada yang Esa.
Pemberi rahmat
buat rakyat Jelata.

Moga kita semua 
Mengambil iktibar dan pedoman
dari Ceritera ini.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt
yang buruk itu dari saya sendiri..










No comments:

Post a Comment