Misi kami seterusnya bila kaum Adam dah selesai Solat Jumaat adalah ke :
GALERIA PERDANA LANGKAWI
Kenapa kena pergi ke situ??
Haaaa.. kat situ memaparkan semua koleksi pemberian / hadiah dari pihak dalaman sehinggalah peringkat antarabangsa kepada Tun Mahathir.. Tun M kan orang Kedah jadi Langkawi nie ibarat permata Tun M, mungkin sebab itu jugak lah Tun M bina Galeria ni di Langkawi
Galeri nie sangaaaaaat laaa besaaar... Bertingkat-tingkat... Memang leka tengok semua koleksi
hadiah / pemberian kepada Tun Mahathir.
Harga : RM5 (dewasa) / RM2 (kanak-kanak)
Isnin - Jumaat
8:30 am – 5:30 pm
Sabtu - Ahad 8:30 am – 6:00 pm
Ada 3 Blok keseluruhannya..
Apa yang bagusnya Galeria nie? Korang leh tengok segalaaaaa pemberian / hadiah kepada Tun M dan isteri.. Ini adalah kerana Tun M berpendapat semua hadiah ini adalah untuk rakyatnya dan bukanlah untuk diri dan keluarganya...
Segala koleksi dari tembikar, porcelin, kereta, senjata dan sebagainya semua dipamerkan di sini..
Ianya dibahagikan mengikut segmen..
Ku suka barangan koleksi sejarah begini.. Maklum laa ku memang peminat sejarah..
Tak cukup korum.. Ramai lagi yang tak keluar dari Galeria.. |
Cantik Kubah nie kan.. |
Miniatur Rumah Kayu Tradisional |
"Mama.. F1.. Mama.. F1.. Petonasss" jerit si Comei Afiq |
Abah dan Mahsuri kesayangan |
Njat suke ssgt koleksi Heli nie |
Lepas dah berjalan-jalan papa banjer Skremm .. |
Tengok maps nie kat mana kedudukan lokasi nya.. No tel pun hado.. Call je kalo nak tanye lebih lanjut |
tak pernah sampai lagi ke sini. Nak kena pergi ni. erm..
ReplyDeletePegi rugi kalo x gi
ReplyDelete