Lepas dah masak-memasak dah konyang bagai baru kitorang gerak ke
Oriental Village Langkawi..
Haaaaaa, kalo gi sini korang sebenarnya kena spend sehari suntuk di sini..
Permainan tersangat laaa banyaaakkk
Rugi kalo terpaksa pergi tempat yang sama 2-3 kali di hari berlainan..
Memang rugi masa korang je..
So spend masa bebetul kat sini.
Korang nak tau apa ada kat sini?
Banyak sangaaat aktivitinya.
JANGAN LUPA BAWA IC YA..
Banyak diskaun bg yang ada IC
Ni antara aktiviti yang terdapat di sini :
SkyCab :
Ini adalah cable car di Langkawi yang mendaki ke Gunung Mat Cincang. Sangat laa sayup mata memandang sbb dia agak mengerikan. Ahahaha.
SkyBridge :
Jambatan tergantung di atas Gunung Mat Cincang. Hanya berpaksikan 1 tiang besar semata. Mmg Scary Mary
SkyTrail :
Macam Jungle Trekking laa.. Bile nak ke pelantar seterusnya kena melalui Jungle Trekking nie. X sesuai bagi ibu mengandung dan anak2 kecil kerana tangga agak menjunam
SkyPos :
Membolehkan para pengunjung menghantar poskad buat yang tersayang dgn foto berlatarkan Gunung Mat Cincang
Sky Boutique :
Tau tak anda boleh shopping di atas gunung? Seronokkan
Sky Bistro :
Nak makan di puncak awan? Jangan risau sebab di atas Gunung Mat Cincang ada Bistro!
SkyDome :
Pengalaman merasai 3D motion
Pada anggapan saya biasa sajalah..
6D Cinemation :
Nak rasa pengalaman seakan real? Basah ditimpa hujan, percikan air, salji, angin yang kuat dan gegaran? Meh masuk sini.. Orang mengandung x boleh ya..
Sky Adventure Park :
Anda boleh sewa ATV, Eco Ride dll untuk menjelajah kawasan rimba di Oriental Village
F1 Simulator :
Anda kaki F1? Jom rasai pengalaman yang mengujakan seolah2 anda yang membawa kereta F1 tersebut
Lake Activity :
Kat Tasik nie kan mmcm aktiviti ada..
Anda boleh main bola di tasik, ada bola gergasi yang anda akan dimasukkan dlm bola tersebut dan lain2 aktiviti.
3D Art Museum :
Ini adalah muzium 3D terbesar setakat ini Rasanya 3 jam di dalam muzium ini masih tidak cukup utk anda jelajah keseluruhannya
Bagi 3D Art Museum saya akan buat entry khas untuknya.. Tungguuuu
Galeri Produk Langkawi :
Sambil anda melihat keindahan Oriental Village dan sekitarnya anda boleh menjamu mata dgn pelbagai produk dan buah tangan dari Langkawi
Duck Tour :
Duck Tour ini adalah sama seperti di Melaka.. Anda akan menaiki boat 2 alam..
Jelajah keliling Oriental Village kemudiaanya anda akan dibawa menyusuri Pantai Langkawi
** Banyak lagi foto2 yang saya snap.. Insyaallah saya akan kemaskini entry nie lagi
Waktu operasi : 9.30 pagi - 7.00 ptg
Sebelum pergi better semak jadual harian takut kang tutup plak. Meh check kat website :
Jadi pandai2 laaa anda semua untuk susun masa sebaiknya ya!
No comments:
Post a Comment