Hai semua!!..
Rindu tak nak baca, kalo tak rindu takpe
sebab saya memang tetap nak tulis jeee semua perkara yang berlaku di Langkawi sepanjang percutian 6H5M kami sekeluarga di sana.
Plan ke Langkawi di buat sejak 3 tahun lepas bila abahku menyebut pasal Pulau Langkawi.
Dia teringin sesangat menjejakkan kaki ke sana.
Ingat lagi sewaktu tu kami bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarga besar kami.
Tahun lepas kami bercuti ke Pulau Tioman pula..
So this year memang plan ke Langkawi.
Rezeki kami..
Tiket flight pergi kami menaiki Malindo Air
masa tu tengah harga promosi RM56 sehala
Balik pula kami menaiki AirAsia
Rega cuma RM9 sahaja sehala!
Jangan tak caya... Hahahahaha..
Kalo dah rezeki tu kan memang tak kemana..
Jujur cakap laa kalo lepas nie nak pergi memana kami prefer naik Malindo Air
Sebab apa?
OK sebab tu kena tunggu entry berikutnya ya.. Saya akan cerita detail berkaitan Malindo Air.
Flight kami seawal jam 8.20 pagi bersama Malindo.
Walopun duduk di Putrajaya. jam 5.00 pagi kami dah bertolak ke Putrajaya Sentral.
Port memang dah target untuk parking berbumbung sbb link dgn bangunan utama.
Harga tiket parking berbumbung kami dh kira RM24 utk 6H5M tersebut.
Tiket ERL Transit dr Putrajaya ke KLIA2 adalah sebanyak
RM6.20 dewasa dan RM3 kanak-kanak.
Kenapa keluar awal? Better awal dari lambat dan terpaksa terkejar-kejar.
Sampai di ERL Putrajaya jam 5.20 pagi,
Parking dah 5.40 pagi
Beli tiket bagai
So tinggal 15 min nak tunggul ERL ke KLIA2
Haaaa.. Kan rileks tu..
Takde laa gelabah puyuh..
Memang target nak solat di KLIA2 sahaja
Pepehal kena caption foto landmark parking dulu.. Kang lupo! |
Menunggu train jam 6.08 minit pagi |
Anak-anak paling excited, kalo tak takkan diorg leh bangun mandi seawal 4 pagi kan! |
Rajin-rajin belek jadual tau |
Selamat sudah naik train.. Happy semua |
OK.. Bersambung ke siri berikutnya... KLIA2
No comments:
Post a Comment