Monday, June 6, 2016

Review Restoran Eat & Repeat, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Hai hai hai.  Assalamualaikum. 
Nak citer banyak pasal salah satu restoran yang dah viral nie..
Semalam teringin nak cuba makan kt sini. 
Maklumlah kami kalo bab-bab makan nie memang No 1
Sanggup ku redah. Chewaaaah..

Pergi sama adik beradik pempuan. Sonang. 
Kebetulan kakcik & kaklong Free
Ku dan kakcik baru setel kt Kenanga Mall
Pastu roger kaklong utk pergi ke port ni
Kaklong set ON!!

Dr Kenanga
















Mall kami singgah di Masjid Shah Alam utk solat Asar
Dah selesai tjawab pada yang Esa baru gerak ke sini
Seb baek si kaklong dah sampai dulu
So boleh la booking meja & order terus. 

Bila kami plak sampai memang full house tempat nie..
Ku suke deco dalamannya
Ala-ala Cafe Muda-Mudi.

Kalo korang 1st time datang sini
Korang jangan tercengang-cengang kalo xde pelayan dtg mai kat korang
Konsep dia korang kena tulis dulu menu apa yg korang nak order
Ada kertas list + pensil atas meja
Bila korang dah tulis boleh terus pergi kaunter serahkan kertas order korang tu..
Agak amik masa juga nak dapat
Maklumlah betapa ramainya manusia
Order plak bermangkuk-mangkuk

Semua menu kat sini berharga RM1.90
Portion?? Sangat banyak hokkay
Macam tak caya pun hado
Alhamdulillah. Ada lagi orang nak meniaga begini..
Paling best kita boleh rasa semua menu yang ada sebab
Makanan dalam mangkuk yang sederhana

Air plak dihidang dalam kole ala-ala bancuh teh tarik tu..
Ku banyak baca review kata makanan dihidang sejuk
Tapi ku dapat semalam panas.
Pastu diorg kata dessert tak sedap lansung
Ku plak rasa sedaaaaaaaap
Tanya kaklong ngan kakcik pun diorg cakap sedap
Sampai anak-anak kami order lagi semangkuk tiap sorang

Nasi lemak sambal dia sedap, mee hailam pun sedap, mee bandung, nasi goreng cina, nasi daging cincang dan ku rasa paling #Win adalah #SOTO !!!
Korang kalo pi sini jangan lupa makan soto sama sambal kicapnya. Memang terangkat kata ko!

Bila dah balik, hari ni anak daro ku ngajak pi sana lagi.
Dia nak repeat pulut mangga ngan mee bandung sama mee hailam..
Ku cakap dah puasa, lepas puasa kita boleh pergi..

Korang kalo nak lepak lelama kat sini tak sesuai laa sebab betapa ramai orang kat luar pintu sedang menunggu sambil tertelan-telan air liuq diorg tgk korang makan..
Jadi marilah kita jadi manusi yang bertimbang-rasa..

Dah selesai makan cecepatlah bangun, gi bayar & beredar. So org lain boleh duduk kt meja korang plak. Pastu kalo leh kemaskan la and susun pinggan mangkuk korang kemas-kemas atas meja.
Kesian aku tengok waiter dok kemas  meja yang bersepah giler. Susun laa kerusi korang bebaik lepas makan. Satu je prinsip aku pegang. Kita senangkan orang, insyaallah orang akan senangkan kita..

Aku doakan perniagaan ini akan terus sukses & aku amat harap dia besarkan lagi kedai & tambah menu citarasa Malaysia lagi seperti cendol, teh tarik, abc, sirap selasih, rojak, pancake dan memacam lagi dlm portion yang sesuai ngan rega nya..

Macam tak zabaaar je nak repeat ke sana. Seb baek Putrajaya jauh sket dari Shah Alam. Kalo dekat memang hari-hari ku pergi makan sini. Ahahahaa

Jumpa lagi... Tataaaaaaa !!!






1 comment:

  1. hey assalamualaikum..
    thanks for give a good respond for our cafe. terima kasih juga kerana sokong perniagaan kami. jangan lupa datang lagi and bawak anak anak sekali. hehehe. insyaAllah kali ni datang boleh duduk lama sikit. thanks again yaa

    ReplyDelete