Monday, January 25, 2016

Sayonara Melaka ~ Malacca Vaccay 2016 Part 13


Balik je homestay
dengan tangan penuh makanan Sarapan
sekali tengok semuanya takde
Owhhh..
Dengar dah suara memasing kat Pool
Amboihhh.. Kalo umah memasing ade Pool nie mau haruuuuuuuuu
pantang lepa memang ke dalam le jadi eh

Ku panggil diorang sume naik makan
Memasing buat lengah sebab dah tau dah
Hari nie last day nak lepak sini..
So diorang dok pakat berendam bagai nak rak le
Selagi tak kecut memang selagi tu laaaa takkan mau nye naik darat..


Sedih plak rase hati bila nak tinggalkan Melaka

Tak cukup korum nie... Kalo semua ada kan best

Milik siapakah tangan ini>> Mirza laaa.. Habis kecut mecut tangan dibuatnya


Nasi Goreng Ayam

Cendol Pilah

Rojak Brahim Pilah

Lepas memasing dah breakfast, 
Kami pun bersiap untuk pulang ke teratak memasing
Abah beriya-iya suruh aku hantar ke Kampung di Batu Kikir
Aku cakap Kakteh tak larat nak drive ke sana then naik balik Putrajaya

Minta jasa baik Abg Zul hantarkan abah
Ikutkan Abg Zul memang takde hal punyer..
Ntah kenapa laa abah beriya suh aku yang hantar dia balik..
Ikutkan badan ku memang dah tak larat..
Yelah dari Melaka memang kena ikut jalan dalam ke Batu Kikir
Then baru aku naik Putrajaya
So aku terpaksa tambah 3 jam ++ perjalanan ku

Kalo gerak terus dari Melaka - Putrajaya tak sampai 2 jam pun..
Maklum laaah mak buyong kan
Nak nak plak ku tengah sarat nie
Serious tak larat..
Kesian abah den..

SAYONARA MELAKA !!!
Semoga jumpa lagi...

Dalam perjalanan ke destinasi memasing
Diorg dok upload foto lam group Family
memasing semua kongsi lokasi port makan diorg
Kami singgah kat Denso Bangi
Beli mmcm makanan untuk minum petang

Abang Zul plak singgah Mee Brahim dan Cendol Pilah
Terliur den tengok nye
Maklum laah lama tak singgah ke sana
Kalo lalu Pilah tak singgah situ memang pelik bin ajaib la kan..

OK laaa itu je entry ku kali nie..
Insyallah jika jari-jemariku rajin nak menaip 
pasti akan ada coretan lagi..

See ya!!


Restoran Roti Canai Kayu Arang ~ Malacca Vaccay 2016 Part 12


Hari ni cadang nak mai lagi ke Warung Robiah
Berkobar-kobar laaa kami ke sana
Bila sampai, tengok keta lengang semacam..
Rupa-rupanya TUTUP!!

Aalahai.. Sodih boto ghaso di hati..
Terus laaa telefon sahabatku di Melaka ~ Wateq
Dia cadang pergi makan kat Restoran Roti Canai  Kayu Arang
Ku pun tak tau mana lokasi tu
Bukak la WAZE
Tengok macam dekat je
So kami pun main terjah ke sana..

Bila sampai jer, Mah oihhhhh.. Punye laa ramai manusia..
Cari parking, nasib kami baik
sebab dapat parking depan umah orang
Siap minta izin lagi.. hehehehehe
Mana taknye masuk laman umah orang
Nasib baik orang Melaka baik budi nye..

Haaaa.. Nie laa kedainya.. Yang glemer masuk JJCM tuuu

Apa yang buat dia pemes sbb bakar roti canas pakai kayu arang

Punya laaaa ramai manusia

Kami menunggu hampir 1/2 jam weeeeii

Lontong 

Bihun Sup

Roti tampal



Aneka menu.. Pilih mana berkenan di hati
Kami order dalam 20 keping roti canai
pastu ngan nasi lemak nya lagi
Phewww.. Memang lama laa menunggu kaaaan..

Tapi... Sangat laa berbaloi-baloi..
Sok kalo turun Melaka memang nak singgah lagi pergi sini...

Mekasih bebanyak my dear lover - Izawati
Kalo turun Melaka tak sah le kalo tak ganggu
ketenteraman dia.. Ahahahaha
Ade je benda nak tanye...
Mesti laaa kan kite kena tanye orang asal-usul sana.
Baru tau mana tempat best mau pergi..

Paling ku kagum sistem diorang
Takdak nombor meja
pastu kalo hantar ke meja tak pernah salah
Dah laa ade berpuluh meja kot..
Tukang amik order punya laaa cepat sistem kiraan nya
Hebattt weiii...

Lokasinya di mana??

Restoran Roti Canai Kayu Arang,
Lebuh AMJ, 
Taman Pandan Jaya
Melaka


OK Jumpa lagi .. Daaaaaaaaaaaaa!

Sunday, January 24, 2016

Zoo Melaka ~ Malacca Vaccay 2016 Part 11


soalan cepu mas!
Bilakah kali terakhir anda menjejakkan kaki ke Zoo Melaka??
atau memang anda tak pernah jejakkan kaki ke sana??

Haaaaaaaaaaaa.. Jawab jujur..
Kesukaan ku adalah melihat haiwan
Tak tau kenapa
Memang suke tengok haiwan dan habitatnya..

Jadi antara wishlist aku turun Melaka adalah nak tengok haiwan
Lama kot tak masuk Zoo Melaka
Lebih kurang 15 tahun..
Lanie Zoo Melaka dah ada Night Safari
Katanya haiwan nie lebih agresif  dan aktif di waktu malam
di waktu siang mereka lebih banyak membuta.. hehehe

Bila sebut je pasal Zoo
opkoz lee bebudak paling suke kan
Jadi memang nak tak nak kami pun pergi laa ke Zoo Melaka..
Yeaaaahhhhhhhhh

Ini adalah kali pertama si Daania pegang ular.. Dia sendiri yang request nak pegang  Tokojut mak nak!!
Burung Kakak Tua akan menyambut kedatangan anda bila masuk je dalam Zoo

Zebra yang memang kerlasss

Si Zirafah yang cuba menyanpaikan sesuatu kepada kami

I tell U, bila dia mendengus bunyinye seperti gegak gempita jadinya..

Si Belang yang kurang produktif.. Tidur je mereka suami isteri

Al-Fil

Afiq dan Kakak Daania langsung takleh berenggang.. Kemana ajer mesti nak ngan kakak Daania

Daania dah pandai snap foto 

Maaflah.. Kakak Daania memang tak pandai posing.. Kejung cam patung

Izz yang acah-acah berani

Percubaan Daania untuk memegang Ular kali pertama



Ada sedikit gementar di situ

Antara haiwan pebretnya

Tok Gajah yang mundar mandir ntah apa laa yang difikirkan..

Harga tiket semasa... Korang mesti nak tau kan.. Meh ku tepek sesiap..

Kami pun solat lam Surau di Zoo Melaka tersebut
Surau pun selesa, tepi tasik tu..
Dah penat pusing 1 Zoo tu
Kami pun nak laa balik
Sekali tengok dh nak Maghrib
Zoo pun nak tutup dah
Pukul 8.00 malam kang dia bukak balik
Untuk Night Safari plak..

Sekian sahaja laporan rasmi dari Zoo Melaka
Tataaaaaaaaa!! 

Restoran Selera Asam Pedas Zahrah ~ Malacca Vaccay 2016 Part 10



Bila dah selesai program menjenguk Muzium
Kami pun berjalan laaa beramai-ramai menuju ke kedai Makan
Kedai pertama yang kami pergi bebetul berhadapan dengan Menara Taming Sari
Punye laaaaa ramai, memang takde langsung tempat nak duduk..
Kedai kedua kami pi pun samo.. Full House
Pergi plak kedai ke-3, TUTUP!!

Adoi laaa..
Kaki terus melangkah
Kami pun jumpa laaa kedai nie haaa

SELERA ASAM PEDAS ZAHRAH

Masa kami sampai sini
Nampak laa betapa berpusu-pusunya orang mengambil gambar depan kedai nie
Ku memang buat dek je
Malas nak amik tau sebab ku dah penat..

Bila ku dh duduk diorg pun dok kecoh-kecoh
Rupanya tadi dok sebuk depan kedai sebab fan AYDA JEBAT sebuk bergambar

laaaaaaaaaaaa   serius ku tak perasan..
Hahahahahaha.. Patut laa berpusu-pusu orang

Makanan ku tak kesah sangat
Lanie ku kesahkan AIR!!!
AIR AIR oh mana ko AIR...

Sampai 2 jag kami order SIRAP LIMAU
Licin kontang terus air..

Menu amik sendiri laa senang kan
Pakai mangkuk
Haaa makan laa puas-puas

Hadapan kedai

Wefie dulu kite

Lauk dah ade.. Meh le kita makan

Marilah kita menjamu Selero

Izz tak tau nak amik lauk yang mana satu

Batrisyia yang makan penuh sopan santun

Daania sebuk melayan adik angkatnya

Afiq yang sentiasa nak berkepit ngan Daania
Sebab kedai nie comei
Tak muat laa keluarga kami nak makan semuanya semeja
Jadi sebahagian makan di luar
Kami dok dalam
Hehehehe..
Mak buyong special case...


Asam Pedas dia not bad..
Tapi sebab cuaca terlalu terik dan panas
Selera makan ku hilang bgitu ajer..
Ku lebih rela menyumbatkan air sirap limau bergelen-gelen ke dalam tekakku..
Legaaaaaaaaaaaaaaa...

Lepas dah selesai makan
Kami pun nak bergerak ke destinasi seterusnya..
So pergilah ke kaunter bayaran..

Alamaakkk si Kakcik dah bayar FULL
Ku pun tanye laa rega bape..
Meh laa pakat SHARE

Kakcik cakap takpe...
Dia banjer makan..
Waaaaaaa.. Yeahuuuuuuuuuuuu...
Semoga Kakcik dan Ashraf sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah swt..

Moh le kita beredar...

Muzium Maritim Melaka ~ Malacca Vaccay 2016 Part 9


Harga tiket memang super murah kan
Kalo nak tau harga tiket tu adalah harga termasuk :

1. Muzium Samudera
2. Muzium Kedua
3. Muzium Maritim

Lepas kami dah masuk ke Muzium Samudera 
Kami pun menuju pula ke Muzium Kedua
yang terletak bersebelahan dengan Muzium Samudera

Mak buyong nak bergambar depan Heli

Rupa paras muzium kedua





Iman menunjukkan skill fotografer nya

Dah selesai hasil jengukan di Muzium Kedua
Kami bergerak pula ke Muzium Maritim yang terletak bertentangan dengan Muzium Kedua




Pelbagai aset Maritim dipamerkan




Okay lawatan kami pada kali ini best
Kami puashati
sebab kami leh tau segala hal berkaitan

MARITIM

Baru laaa terbuka minda sket...

Semua dah lapar
Moh le kita mencari kedai makan..

Jom kita ........

Muzium Samudera, Bandar Hilir Melaka ~ Malacca Vaccay 2016 Part 8


Lepas dah kenyang menjamu selera
Kitorang pun gerak balik bawak Sarapan pagi untuk mereka yang di Chalet
Balik Chalet je tengok semua dok pakat berendam dalam Pool
Pastu ku pun cam biasa laaaa
Menyinga...

"Semuaaaaaaaa.. Naik makaaaaaaaaaaaaan.. Kita nak pergi jenjalan nie.."

Bila dah tengok ku menjerit
Memasing pun naik ler dari kolam mencari makanan
Lepas semua dah makan
Kitorang pun bergerak ke Bandar Hilir Melaka

Ajak abah naik Menara Taming Sari 
tapi abah takmo katanya...
Bila tanya abah nak gi mana?

Abah cakap abah teringin nak masuk Muzium Kapal Kayu tu..
So nak dijadikan cerita
Abah boleh plak hilang kat Menara Taming Sari
Dalam 1/2 jam jugak laa anak ngan cucu nye menunggu

Pastu kitorang decide untuk pergi terus ke Muzium Samudera
Kitorang fikir mesti abah dok jalan sendiri pergi sana
Sampai sana kami tengok abah takde jugak
Seb baik laaa ada menantu yang baik aka Ashraf
pergi cari abah..

Jumpa jugak bapak mertua nyaa
Ahahahahaha
Adesss.. Geram betul ngan abah...
Mana laa dia pergi masa menghilang tu...

Banyak kali gi Melaka pun ku tak pernah masuk sini

Antara isi dalam Muzium Samudera





Harga tiket yea kengkawan... Sila ambil perhatian


Tangga unik lam kapal


peti harta karun.. berat tak terangkat

Abah kepenatan

Mak buyong pun nk bergambor sakan

Abah dan kapalnya...

Korang pernah masuk ke tak?
Kalo tak pernah masuk baiklah masuk
Sangat informatif
Dari mana asalnya kemasukan kapal dagang nie ke Melaka

Pelbagai info yang saya baru tau
Saya suka sebenarnya Sejarah
Jadi korang kena laa masuk sini sesiapa yang 
Pencinta Sejarah tuuuu