Monday, September 12, 2016

Home Sweet Home ~ The Haven's Part I


As-Salam semua,
Lama dah tak terjenguk blog nie.. Kebizian melampau katanya..
Aritu saja tengok umah nak pilih unit mana berkenan di hati
Ku memang tak pikir panjang dah
opkoz laaa pilih no bertuah kami berdua.. Chewahhh
1st time pi tengok unit nie.

Spesifikasi Rumah :
Rumah Banglo
Keluasan rumah nie 4004.17sf
Ukuran land area 50x80
6 bilik tidur (2 master bedroom atas & bawah)
3 bilik air
2 living room
1 dining room
1 dapur kering
1 dapur basah
1 patio
garaj untuk 2 kereta
Seluruh cermin umah adalah green color

Memula tengok umah contoh aritu terus jatuh cinta.. (rujuk sini)
Sebab apa?
Nie beberapa point aku highlight kan :
Siling tinggi,
Ruang pengudaraan bagus
Pastu siap ada window plak atas pintu jadi pencahayaan sangat baik.
Rumah memang modern design.
Ruang rumah tingkat atas nampak dari bawah
Dapur kering & dapur basah berasingan dengan sliding door sbg pemisah
Jadi kalo nak baking di dry kitchen tak kaco di wet kitchen
Pastu kalo memasak leh tutup sliding door supaya bau masakan x masuk ruang umah
Master Bedroom ada 2, atas dan bawah
Tuan tanah kedaun leh la pilih dok bilik bawah ke atas
Tiles bilik air gelap,
Tiles ruang tamu atas, tangga & semua bilik atas gelap & modern design
(ku memang nak gelap sbb gelap kan menawan.. kihs)
Ruang dapur basah pun tiles gelap.. haaa  memang kesukaan ku la tuu
Master room kat atas tu leh la bagi kt Daania utk dia kawen sok.. (amboih jauh nau pikir)
Bilik sampai enam tapi anak ku ade 2 org je
Takpe la keluarga kami besar
Suami je 10 beradik
Ku sendiri 9 beradik so takde masalah kalo org datang bertandang
Lagipun umah aku ni mcm port lepak famili
masa aku stay Cheras, semua famili pun gather umah aku
Pastu bila move Putrajaya pun sama gak la
umahku jadi port lepak

"Bagai Sireh Pulang ke Gagang"
Gitulaa perumpamaan untuk aku nie haa
Masa kerja private di Cheras, Bila masuk gomen di Putrajaya
so memang pikir nak settle down di kampong halamanku
Maklumlah kalo dah orang kampung tu citarasa nak dok kawasan yg damai..
Jauh dari hiruk-pikuk kota
Pastu berlatarkan gunung-ganang..
Memang ohsemmmmmmmm...


Ku buat entry nie khas untuk memori ku masa memula pilih unit nie..
Pastu nanti senang ku nak rujuk balik semua foto nie kalo nak buat apa2 projek sok..

Cerminnya originally green color
Garaj memuatkan 2 biji kereta side by side

Bagi penyapu memang suka laa si abam tu
Bile laa nak abis ngemas nie
Memasing nak ikut mama
bawah tangga fikir nak buat stor then x jadi plak sbb rugi ruang
Dry kitchen. Ku memang dari dulu mencari style rumah yg dapurnya terlindung dr pandangan umum
Ku suka privasi, ku tak suka konsep open kitchen dr ruang tamu dah nampak semua
Foto ni diambil dr pintu bilik ke-3
Sebelah sliding door tu adalah ke wet kitchen

Jatuh hati dengan konsep siling yang tinggi dan banyak cermin
ruang pengudaraan yang baik serta pencahayaan yang maksimum
Pasal haba, no worries kita boleh tintedkan semua cermin

Luas tanah sebelah kanan rumah



Ruang Tanah tepi patio, ku cadang nk tiles sebelah  nie dari bilik blkg sampai garaj..
nak wat ruang lepak santai kt luar umah.
belah side belakang bina port BBQ, so kalo nk BBQ semua kt luar..
(verangan itu percuma.. kihs)

Ruang Tanah belakang rumah.. Cadang nak buat outdoor kitchen..
tak pasti la, x fikir lagi camne.

Ruang Tanah belakang rumah, nie aku nak menanam herba2 lam pasu je
sbb aku mmg tak suka menanam

Luas tanah sebelah kiri rumah, ok dari bilik no 4 belakang sekali sampailah ke garaj ku plan nk tiles kan,
then pasang bumbung... Nak buat tempat melepak kt luar..
Dinding tu maybe leh wat water fountain, cam air kuar dr celah2 dinding batu ke..
(ehem.. ehem... berangan tu kan percuma..)
Ngintai jiran sebelah ku dr master room atas.. Cantek subur dah rumputnya
Master Room bawah & Master Room atas berkeluasan yang sama

Ruang keluarga di atas. Foto ihsan : my neighbour
kosong lagi..


Tanah sebelah kanan umah, belah sini aku tak pk lagi nk wat apa..
Cuma pikir nak wat patio sebelah dapur basah sbb aku nk wat kerja2 mencuci kt luar umah,
lapang sket 




Pintu dapur basah.. OK, cadang nk wat patio belakang nie sbb
aku nk membasuh n mencuci segala benda kt luar



tingkap di bilik tidur atas nampak seluruh ruang bawah


Kawasan tanah depan nie ku cadang nak letak Gazebo untuk abah beristirehat




Jiran sebelah aku dah masuk.. waaaaasyiok nyeee

Rumah nie still lom dibersihkan masa aku mai cek sbb banyak kerja diorg tengah buat..
Jiran sebelah kiri kanan dah masuk,
lepas nie jiran sebelah kanan plak..

OK aku tunggu bila waktu yang sesuai untuk aku deal ngan lawyer..
OK bai, setakat sini dulu coretan aku..
Senang untuk rujukan aku akan datang..
See  ya


Thursday, September 1, 2016

Review Banglo Setingkat Type B Taman Senimas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (4 bilik tidur 2 bilik air)




Hai..
OK.. yang nie plak saya nak share Banglo Type B
Kalo nak tau lot tanah juga 50 x 80 kaki
design luaran memang lain sikit dari type B
tapi dalaman exactly sama..



Pandangan sisi


Pandangam sisi



Ruang Tamu



Ketinggian siling 15 kaki


Ruang tamu


Ruang Makan



Ruang Tamu



Ruang makan bersebelahan sliding door ke patio luar


Bilik Tidur Utama


Bilik air di dalam bilik tidur utama


Bilik air semua jubin sehingga siling


Bilik Tidur ke-2



Dapur Kering



Bilik Tidur ke-3


Bilik Tidur ke-4


Bilik Tidur ke-4


Dapur Basah siap pintu sliding


Dapur basah


Ruang dapur basah


Pintu keluar dari dapur


Ruang Dapur Basah


Partition Dapur Kering


Dapur kering


Ruang keluarga

Amcam.. Cantek tak? Harga dari RM368,000.00


Review Banglo Setingkat Type A, Taman Senimas, Kuala Pilah (4 bilik tidur 2 bilik air)

Hai. As-Salam semua
Lama dah ku tak berblogger nampaknya.. 
Kali nie nak buat entry baru. 
Maklumlah diriku memang suka tengok rumah-rumah contoh kan
Ada satu taman baru berdekatan UITM Kuala Pilah
Punye laaa besar taman perumahannya
80% adalah lot Banglo.
Kapasiti melebihi 400 unit rumah
Terdapat rumah teres kos rendah, rumah 2 tingkat, banglo setingkat & banglo 1 1/2 tingkat

Design. Aduhai memang lah cantek lagi menawan.
Dah minta tlg adikku pi rikki sat..
Dalam alam persekitaran semulajadi dengan dilatari  gunung-ganang

Ada banglo setingkat dgn siling tinggi 15 kaki
4 bilik 2 bilik air
Dan ada juga banglo 1 1/2 tingkat
6 bilik 3 bilik air
Malas nak citer banyak
Meh layan foto rumah contoh Banglo
Semua lot Banglo adalah berukuran 50x80 kaki

Banglo Type A (4 bilik 2 bilik air)




Pandangan sisi


Pandangan hadapan

Panoramic dalaman rumah

Ruang Tamu


Ketinggian siling 15 kaki


Ruang keluarga


Suka siling nya

Bilik Utama



Bilik Utama




Ruang Tamu





Bilik Ke-2

Bilik ke 3 & 4



Ruang Makan, sliding door ke ruang patio santai



/
Dapur Basah siap pintu sliding



Dapur kering



Ruang dapur kering & basah
 Haaaa.. Amcam? Puas hati tak? Harga bermula dari RM368,000.00