Tuesday, June 14, 2016

Resepi Puding Roti Sos Karamel Noxxa

Assalamualaikum..
Kalo nak tau kan umah nie memang sentiasa ada roti
Kalo macam sayang roti rosak ku cepat2 masukkan dalam fridge
Pikir bulan puasa nie memang roti tak berapa nak laku
So kena lah buat sesuatu..

Selama nie kalo wat puding roti pakai oven
Semalam nak cuba pakai Noxxa plak
Maklumlah dah beli PC Noxxa
Segala menu leh masak pakai PC Noxxa kaaaaan..

Haaa.. nie laa hasilnya

Roti Gardenia putih

Add caption
















Moh terjah resepinya :

RESEPI PUDING ROTI :

1 buku roti Gardenia (jumbo)
1 tin susu sejat 
5 sudu besar gula
4 biji telur saiz A
Secubit garam halus
1 sudu kecil esen vanilla

Kismis
Almond
Chocolate Rice
Serbuk Cinnamon with Sugar (ini memang best!)

* ikut citarasa


Cara membuatnya 

1. Bakar roti (guna pembakar roti) / jika x suka boleh racik terus)
** saya suka bakar sebab saya nak ada rase kerak2 roti bakar tu
2. Susun roti di dalam inner pot
3. Satukan semua adunan & pukul sebati
4. Tapis adunan dan curahkan ke dalam inner pot
5. Tekan-tekan adunan roti dan biarkan semua roti menyerap semua adunan basah,
Taburkan cinnamon with sugar untuk menaikkan aroma pudimg roti
6. Masukkan inner pot ke dalan periuk PC Noxxa
7. Selaraskan tombol STEAM ke atas titik 
8. Tekan butang "STEAM" sebanyak 25 minit
9. Tekan START

* sepanjang proses steam, bunyi "bip" akan sentiasaaaaaa berbunyi. 
Usah khuatir yaaa.. Biarkan jeee. Lalalaalala..

Sambil-sambil tu leh laaa korang masak lauk utk berbuka..

RESEPI SOS KASTARD :

1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :

1. Sebatikan tepung kastard dgn susu cair
2. Masukkan gula pasir + esen vanilla
3. Panaskan adunan di atas api perlahan
4. Kacau sehingga likat & pekat
5. Tunggu sejuk dan sedia untuk di hidang 






Thursday, June 9, 2016

Resepi Nasi Goreng Cina Noxxa yang Ringkas

As Salam semua..
Hari ni tak tau nak masak apa..
Ayam ikan ade tapi pikir nak masak benda yang mudah je
Yang boleh dimakan masa berbuka, makan malam & sahur sekali..

Bila dah ada periuk Noxxa nie 
Hati manyaaaak senang sebabnya
Masa memasak jadi kurang & takde laa kena terperap lama kt dapur tu..
Pastu ku paling x suke aktiviti berdiri lelama masa memasak.

Pikir punye pikir, OK laa ku masak nasi goreng cina je laa
Pastu goreng ayam pedas rangup
Buat sup yong tau foo..

Ku memang tak suka nak repeat masak banyak kali
Buat sekali je pastu makan laa berulang byk kali pun takpe. 
Guna periuk Noxxa nie makanan still fresh mcm baru dimasak walopun dah masuk hari ke2 
bila kita guna mode keep WARM tu..
Memang syiok giler. Hati pun x riso makanan rosak or dah basi..

Lagi satu kalo ku masak ku x suka nak campur ayam ngan seafood
Kalo ayam, ayam je
Kalo seafood, seafood je. 
Kalo beli tomyam ku mmg elak tomyam campur. 
Lagipun dalam Islam pun x elok utk perut bila kita campur 2 jenis makanan tu..

Moh le kita terus tengok resepi 

Nasi Goreng Cina Noxxa yang simple & Sedap 


Bahan-bahannya :

3 pot beras cuci bersih 
4 pot air (ikut jenis beras)
1 labu bawang putih (racik halus)
5 tangkai cili padi (racik halus) ikut kepedasan masing2 
1 batang carrot dipotong dadu
Mentega / minyak utk menumis
Sedikit kobis ( racik halus)
Isi ayam yang diperap dgn serbuk kari + serbuk cili
3 biji telur ayam (dikacau sebati)
Timun (hiasan)
Bawang goreng (hiasan)
Garam secukup rasa

*Jika nak letak kiub pati ikan bilis / ayam pun OK


Cara membuatnya :

1. Beras dicuci bersih & toskan
2. Tekan mode STIR FRY
3. Panaskan mentega / minyak
4. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
5. Masukkan isi ayam. Gaul mesra
6. Masukkn carrot + kobis, kacau hingga layu.
7. Setelah semua bahan mesra masukkan telur dan aduk sebati
8. Masukkan beras yang telah ditoskan
9. Masukkan air
10. Tekan mode HP (high pressure) sebanyak 7 minit
11. Selaraskan tombol kepasa "pressure"
12. Tekan ON / START
13. Bila dah bunyi bip, lepaskan wap
14. Kacau nasi sebati dan masukkan garam
15. Sedia untuk dihidang bersama ayam goreng / sup bebola / sup yong tau foo

** Sila rujuk setiap gambar bagi proses memasak.






























Monday, June 6, 2016

Review Restoran Eat & Repeat, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Hai hai hai.  Assalamualaikum. 
Nak citer banyak pasal salah satu restoran yang dah viral nie..
Semalam teringin nak cuba makan kt sini. 
Maklumlah kami kalo bab-bab makan nie memang No 1
Sanggup ku redah. Chewaaaah..

Pergi sama adik beradik pempuan. Sonang. 
Kebetulan kakcik & kaklong Free
Ku dan kakcik baru setel kt Kenanga Mall
Pastu roger kaklong utk pergi ke port ni
Kaklong set ON!!

Dr Kenanga
















Mall kami singgah di Masjid Shah Alam utk solat Asar
Dah selesai tjawab pada yang Esa baru gerak ke sini
Seb baek si kaklong dah sampai dulu
So boleh la booking meja & order terus. 

Bila kami plak sampai memang full house tempat nie..
Ku suke deco dalamannya
Ala-ala Cafe Muda-Mudi.

Kalo korang 1st time datang sini
Korang jangan tercengang-cengang kalo xde pelayan dtg mai kat korang
Konsep dia korang kena tulis dulu menu apa yg korang nak order
Ada kertas list + pensil atas meja
Bila korang dah tulis boleh terus pergi kaunter serahkan kertas order korang tu..
Agak amik masa juga nak dapat
Maklumlah betapa ramainya manusia
Order plak bermangkuk-mangkuk

Semua menu kat sini berharga RM1.90
Portion?? Sangat banyak hokkay
Macam tak caya pun hado
Alhamdulillah. Ada lagi orang nak meniaga begini..
Paling best kita boleh rasa semua menu yang ada sebab
Makanan dalam mangkuk yang sederhana

Air plak dihidang dalam kole ala-ala bancuh teh tarik tu..
Ku banyak baca review kata makanan dihidang sejuk
Tapi ku dapat semalam panas.
Pastu diorg kata dessert tak sedap lansung
Ku plak rasa sedaaaaaaaap
Tanya kaklong ngan kakcik pun diorg cakap sedap
Sampai anak-anak kami order lagi semangkuk tiap sorang

Nasi lemak sambal dia sedap, mee hailam pun sedap, mee bandung, nasi goreng cina, nasi daging cincang dan ku rasa paling #Win adalah #SOTO !!!
Korang kalo pi sini jangan lupa makan soto sama sambal kicapnya. Memang terangkat kata ko!

Bila dah balik, hari ni anak daro ku ngajak pi sana lagi.
Dia nak repeat pulut mangga ngan mee bandung sama mee hailam..
Ku cakap dah puasa, lepas puasa kita boleh pergi..

Korang kalo nak lepak lelama kat sini tak sesuai laa sebab betapa ramai orang kat luar pintu sedang menunggu sambil tertelan-telan air liuq diorg tgk korang makan..
Jadi marilah kita jadi manusi yang bertimbang-rasa..

Dah selesai makan cecepatlah bangun, gi bayar & beredar. So org lain boleh duduk kt meja korang plak. Pastu kalo leh kemaskan la and susun pinggan mangkuk korang kemas-kemas atas meja.
Kesian aku tengok waiter dok kemas  meja yang bersepah giler. Susun laa kerusi korang bebaik lepas makan. Satu je prinsip aku pegang. Kita senangkan orang, insyaallah orang akan senangkan kita..

Aku doakan perniagaan ini akan terus sukses & aku amat harap dia besarkan lagi kedai & tambah menu citarasa Malaysia lagi seperti cendol, teh tarik, abc, sirap selasih, rojak, pancake dan memacam lagi dlm portion yang sesuai ngan rega nya..

Macam tak zabaaar je nak repeat ke sana. Seb baek Putrajaya jauh sket dari Shah Alam. Kalo dekat memang hari-hari ku pergi makan sini. Ahahahaa

Jumpa lagi... Tataaaaaaa !!!






Sunday, June 5, 2016

Resepi Bubur Lambuk Noxxa Sedap, Mudah & Senang

Assalamualaikum. 
Tadi ada share bubur lambuk Noxxa yang simple
Sekali ramai yang minta resepi. Jadi ku dengan senang hati nak share resepi yang ringkas nie..

Si kaklong memang banyak kali minta buat bubur lambuk. 
Hari ni terpikir sebab esok nak start puasa kan
Jadi untuk memudahkan kerjaku menyiapkan makanan utk 1 family
Ku pilih wat bubur lambuk. 

Paling best periuk pressure cooker Noxxa nie 
Makanan dalamnya boleh tahan cecah 48 jam!!
2 hari tuuuu... Serious tak tipu
Make sure jgn terkena tgn masa proses menceduk makanan dah cukup
Pastu pastikan tutupnya ditutup rapat
Makanan kekal "warm" tau walopun tak ON switch

Jadi ku pun decide nak wat bubur lambuk merangkap 
Lunch - Dinner - Sahur
Haaaaaa, tips jimat hari nie... Hebaaaat tak???

Kalo nak tau pakai Noxxa nie best sangat
Dapur bersih x berkecah  jer pastu kita x perlu nak kena tunggu masa
or sentiasa nak kacau bahan masakan.
Masuk je dlm periuk. Setel
Masa saya set 25 minit utk bubur
Sempat laaa saya cuci peti ais sekali. Hahahahaa
Elok je siap bubur lambuk, peti ais saya pun dah berkilat-kilat
Maklum laaah sepanjang pantang memang tak bercuci peti ais tu oit..


OK laaa, nie bahan-bahannya :

3 pot beras (cuci bersih)
10 pot air 
1 sup bunjut
2 biji bawang besar (racik halus)
5 ulas bawang putih (racik halus)
1 inci halia (racik halus)
4 batang serai (diketuk)
400g daging cincang
1 kotak santan 200ml
3 biji kentang (dipotong dadu)
1 batang carrot (dipotong dadu)
2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
Lada hitam biji (ikut kepedasan)
Lada sulah (secukup rasa)
Garam halus (secukup rasa)

Bahan hiasan : 
Bawang goreng
2 tangkai daun sup (racik halus)

Cara membuatnya :

Tekan mode "stir fry"
Masukkan minyak masak
Tumis bahan racik + serai + daging kisar + kiub pati ikan bilis / ayam
Bila dah mesra masukkan kentang + carrot 
Gaul sebati hingga bahan agak layu

Masukkan beras yang telah dicuci bersih + air
Masukkan biji lada hitam
Tekan mode "HP" selama 25 minit
Tekan ON / START

Bila dah bunyi "bip"
Keluarkan wap
Buka penutup pressure cooker Noxxa
Masukkan santan kotak 
Tambahkan air jika diperlukan
Masukkan garam halus + lada sulah mengikut citarasa
Gaul mesra

Sedia dihidang bersama bawang goreng + daun sup