Sunday, March 20, 2016

Resepi Banana Milk Shake Fila yang Sedap

Panazzzz lit lit!!!
Tarak tahan maaaaaaa...
Dah le tengah memboyot,
Badan dah sedia panazzzz
Di tambah plak cuaca El Nino sekarang
Phewwwwwww

Seb baek ade beli pisang pagi tadi
Konon nak buat kudap-kudapan bile lapor..
Tak tahan panazzz 
Terus laaaaa terpikir nak buat sesuatu ngan pisang nie 

Banana Milk Shake 

Banana Milk Shake Fila

Memandangkan semua bahan-bahan ada dalam umah nie, moh le kita buat terus..

Pisang masak 

Susu Full Cream Dutch Lady

Susu Pekat Manis Tea Pot

Hershey Syrup Chocolate Flavour

Bahan-bahannya adalah :

1. Pisang masak 4 biji
2. Susu pekat manis dalam 4 sudu besar
3. Susu Full Cream Dutch Lady 1/2 blender
4. Ais dalam 3/4 blender

Coklat Hershey (tambahan)

Cara membuatnya :

a. Kisar semua bahan 1 + 2 + 3 + 4 sehingga benar2 jadi milk shake

b. Lorekkan Coklat cair Hershey dalam cawan. Jangan sesekali campur atau blend bersama pisang. Sekadar tambahan perisa yang lazat.

c. Tuangkan adunan Banana Milk Shake dalam gelas anda.

c. Sedia untuk dinikmati. Serius sangaaaaat sedaaaap. Sampai tutup2 mata betapa nikmatnya..









Saturday, March 19, 2016

Fantasy Rain Forest Borneo at PICC


As Salam...
Korang sihat tak hari ni??
Ku sihat, Alhamdulillah. 
Hari ni berkobar-kobar nak share pasal satu event nie..

Kisahnya..
Semalam si Hilda hantar sesuatu kepadaku. 
Katanya ada event best kat PICC Putrajaya..
Ku memang tak tahu menahu. 
Ku pun mulalah meng Google..

Ohhhh. Baru ku tau
Kat PICC ada Live Performance Borneo
Kira pasal Rain Forest la nieee..
Hutan Hujan Tropika. 
Ku ingatkan konsert runut bunyi. 


Ku pun call la no yg di beri 
Memang kena call dulu sebab nak buat reservation tau..
Jangan main pergi je.. 
Nanti kalo dah full sedih jadinya.
Paling best kalo korang nak tau
Mac 2016 nie promosi untuk kakitangan kerajaan. 
Masuk adalah PERCUMA!!
Untuk satu keluarga lagi. 
Hanya call, buat tempahan pastu tunjuk pass card kat ticketing counter 
Yeaaaahhhhhhh...
Lagi laaaa seronok dibuatnya. 

Mak buyong tak sabo nak pi tengok live performance

Harga tiket

Nie harga tiket. Kalo korang nak buat tempahan untuk Sesi Lunch & Dinner pun cun gak..

Ada 2 sesi iaitu jam 2 petang & 6 petang setiap hari.
Saya difahamkan live performance ni sepanjang tahun 2016 nie.
Jadi korang boleh lah susun masa korang nak pergi bila..

Semalam lepas je balik kerja 
Cakap kat tuan suami. Moh le kita pergi
Konsertnya 1 jam sahaja. 
Jam 6pm- 7pm..
Dari umah nak ke PICC memang la dekat sebab tak tempuh traffic light sangat. 

Sesampai je. Terus pi kaunter tiket
Tunjuk pass card then tulis nama kat buku sbb masuk sbg staff kerajaan. 
1 family ku bawak..


Kaunter Tiket


Best. Ngam ngam. Cari port paling depan sekali. Ahahahaha
Sebabnya si Daania tak nampak,
Kerusi dia agak tinggi walaupun mcm stage GSC Cinema. 

Masa ku masuk tu memang agak kagum la 
Sebab tak sangka Hall A, PICC berubah wajah sama sekali
Dah macam kat dalam GSC Cinema dah
Dengan sound sistem yang amat powerfull padaku. 
Sampai bergegar lantai dibuatnya
Stage pun mantap..
Ala-ala berada di dalam hutan hujan tropika..

Ada penceritaan dalam live performance nie..
Dari awal cerita sampai lah habis
Padaku memang best. 
Kalo korang dah biasa travel ke China
Pasti akan ada slot utk tgk live performance China pasal akrobatik kan?
Haaaaa dalam Sada Borneo nie pun hado.. 

Aku boleh plak touching tgk live performance nie. 
Sampai berjujuran airmata
Sebabnya terkesan dgn tembakan kepada burung kenyalang, 
Terkesan dgn pencerobohan hutan hujan tropika kita dan banyak sebab lagi..
Menangis pun sebab tak sangka Malaysia mampu membuat live performance setanding China..
Maybe boleh improve lagi..

Keseluruhan live performance nie
Ku bagi 4/5 bintang 🌟🌟🌟🌟
Ku suka macam nak repeat lagi sebelum ku selamat bersalin minggu nie. Ahahahaha..

Daania pun sangaaaaaaat suka,
Sebab ada penceritaan, lagu borneo, tarian borneo, akrobatik, pelbagai jenis haiwan, tumbuhan dan termasuklah bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia..

Welldone Tourism Malaysia!!
Welldone Malaysia!!
Saya suka bila PICC ada buat event nie secara tahunan
Sekurang-kurangnya nampaklah hidup PICC yang amat gah di Putrajaya nie..

Ku belanja sket foto live performance tu.
Ikutkan memang tak boleh amik sebarang gambar or video
Tapi sebab ku nak promote kat kengkawan
Snap laa barang sekeping dua..
Kang korang tak caya plak ku cakap best!!




Sesi bergambar bersama artis Borneo, ikut giliran tau. Dgr cakap Manager..

Cakkkkkk.... Amik gambo kat luar Hall A

Hokkay.. Tu jer review ku kali nie..
Moga korang support event Malaysia
Moh le ajak sekeluarga tengok live performance nie..

Tataaaaaaaaaa 🖐🏻🖐🏻🖐🏻🖐🏻

Friday, March 18, 2016

Teknik HypnoBirthing ~ Melahirkan Tanpa Rasa Sakit


Apa tu?? 
Teknik HypnoBirthing
Tak pernah dengar??

Tagline teknik HypnoBirthing :

"Melahirkan tanpa rasa sakit"

Foto ihsan Google

Macammana nak melahirkan tanpa rasa sakit?
Tanpa ambil sebarang ubat-ubatan?
Adakah logik diterima akal?
Bunyi macam pelik dan tak logik kan?
Tapi itulah yang saya belajar..
Belajar pun bila kandungan dah masuk usia 39 minggu
  
Foto ihsan Google

Seharusnya ikut saranan kena ambil kelas begini
Semasa kandungan mencecah 7 bulan..
Baru benar-benar anda akan mempraktikkan sebaik mungkin.
Kelas ini diadakan oleh Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
di bawah UNIT REHABILITASI
Hebatkan?
Ku pula disarankan oleh Nurse yang melihat perkembanganku dari minggu ke minggu..
Memandangkan jarak kelahiranku dgn anak pertama adalah selama 9 tahun lebih
Jadi dia mencadangkan agar aku mengikuti kelas
HypnoBirthing ini.
Kelas ini sebaiknya dihadiri oleh suami juga bagi tujuan sokongan.

Kelas HypnoBirthing yang diadakan mengikut temujanji di Klinik Presint 18, Putrajaya
Pernah dengar tak?
Banyak penyakit dalaman hilang bila praktikkan cara pernafasan yang betul
 Kiranya kita mempelajari teknik pernafasan yang sebetulnya
dan mengawal minda separuh sedar kita

Jika kita dapat menguasai minda separuh sedar,
Kesakitan yang dialami kita boleh ubah kepada ketenangan.
Sebab apa?
Kita dah mengawal sepenuhnya tubuh badan dan minda kita.
Kita kawal minda 100%, secara tidak langsung tubuh badan kita akan mengikut kata minda kita..
OK faham tak apa yang saya cuba terangkan?
Huhuhuhu.. Susah nak faham ke?
OK OK begini...
Manusia adalah ciptaan teragung oleh Maha Pencipta iaitu Allah SWT.
Allah menjadikan otak adalah organ tubuh paling hebat dan sangat hebat.
Otak adalah pusat kawalan bagi keseluruhan badan
Badan akan bertindak selepas mendapat arahan dari otak (minda)
Majoriti manusia di bumi ini hanya menggunakan 20% sahaja sel otaknya..
Bayangkan jika seseorang manusia dapat menguasai 100% dari sel otak yang Allah SWT kurniakan??
Haaaaaa.. Boleh fikir tak?
Bila kita bernafas dengan cara yang betul
Maksudnya kita telah menyalurkan bekalan oksigen sepenuhnya kepada otak.
Bila oksigen memenuhi otak ia akan mengaktifkan semua sel otak.
Keseluruhan sel otak berjumlah 23 billion neuron.. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Hebatnya ciptaan Allah SWT..
OK berbalik kepada cerita pasal teknik Hypnobirthing nie
Teknik nie lebih kepada kawalan minda..
Bagaimana nak kawal minda? 
So kenalah bernafas dengan teknik yang sempurna

Foto ihsan Google

Teknik HypnoBirthing :
Rehatkan minda
Lapangkan dada selapang-lapangnya
Tenangkan jiwa
Pejam mata anda
Bayangkan ketenangan dan kegembiraan
Bayangkan sesuatu yang paling manis dalam hidup anda
Tarik nafas dengan betul 
Tarik dalam-dalam selama 4 saat 
(bahu jangan terangkat tetapi dada anda yang kembang)
Tahan nafas 4 saat
Lepaskan secara perlahan-lahan selama 8 saat menggunakan mulut 
(mulut jangan buka luas, buat bentuk bulat seperti anda ingin meniup sesuatu. Keluarkan karbon dioksida secara perlahan-lahan. Lagi lama lagi bagus)
Ulangi langkah ini sebanyak yang boleh
Jika mampu buat 2 kali sehari iaitu pagi & malam sebelum tidur
Lakukan selama 10-15 minit bagi setiap sesi
anda akan dapati anda berasa benar-benar tenang dan damai.
Apa kebaikan kepada si ibu :
Ibu akan benar-benar tenang dan damai
Ibu rasa cukup rileks
Ibu akan hilang rasa takut dan stress melahirkan
Ibu akan Kuat jiwanya
Kebaikan pada si anak :
Anak akan mendapat bekalan oksigen yang sepenuhnya dari ibu
Anak akan lebih tenang dan tidak stress
Anak akan menjalinkan hubungan jiwa bawah sedar bersama ibu
 Anak lebih tenang ketika proses contraction
**Ingatlah apa jua emosi si ibu akan bertindak langsung kepada si anak. Jika emosi ibunya stabil, anak juga begitu..
Kebaikan pada si suami :
Suami akan lebih bersemangat
Suami menjadi lebih tenang kerana melihat si isteri yang tenang dan damai juga
Bila suami bersama-sama isteri dalam HypnoBirthing ia akan membuahkan satu jalinan kasih yang utuh


Jadinya ku amat laaah berharap agar aku tenang dan dapat membuat teknik ini sewaktu proses melahirkan cahayamata kelak.. Takut bila dalam bilik bersalin apa pun ku tak ingat... huhuhuh..
Baby Google
Di saat si ibu bertarung nyawa dalam melahirkan si anak tersayang, kita harus sedar anak itu sendiri sedang berusaha untuk keluar melihat alam ini. Sebenarnya dari segi kekuatan fizikal dan roh anak itu lebih kuat untuk berusaha bersama-sama dalam menjayakan misi. Dia berusaha keras untuk keluar dari ruang yang sempit di dalam rahim ibu dengan sepenuh kudrat kecilnya.
Moga dengan bantuan dari ibu dapat bersama-sama memberi dorongan kepada si anak kecil.
Bukanlah usaha kita semata-mata. Anak itu telah mengambil masa berjam-jam lamanya iaitu dari proses kontrasi bermula sehinggalah ia benar-benar boleh keluar melihat keluarganya sendiri.. Betapa hebat aturan Maha Pencipta... Moga kita lebih menghargai kehidupan kita..
 




Produk Review ~ Set Bersalin Nona Roguy


As-Salam Semua...
Ku menunggu detik dan waktu..
Dalam saat-saat begini memang dok kalut laaa survey sana-sini
produk untuk tempoh berpantang esok..

Kalo nak tau
Ku memang tak amik jamu 
Tak tau kenapa, sebab sering dimomokkan orang yang amik jamu nie
akan rosak hati nya..
Masa berpantang Daania pun ku langsung tak sentuh jamu
Pakai pilis ke apa ke memang ku tak buat..

Jadi kali nie ku banyak membaca..
Perawatan tradisional juga yang terbaik
Jadi ku mulalah misi pencari set lengkap bersalin..
Ku survey satu-persatu..

Bila tanya orang keliling, sahabat-sahabat
dan rakan maya
Akhirnya keputusan telah ku buat..
Ku jatuh chenta ngan nie :-

SET BERSALIN NONA ROGUY

Ku pun mulalah survey mana dapat harga paling murah untuk set lengkap nie
Kalo tengok harga asal memang mahal la kan.. RM365..
Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapi..
Survey tetap survey
Last sekali dapat laa rega murah dari agen sah
sebab kami beli reramai..
Baru dia kasi turun rega.. Alhamdulillah..

Banyak web yang ku google termasuklah nonaroguy.com 

Sebab apa ya saya nak beli set NR nie?
  • Merawat Sembelit Teruk Selepas Bersalin
  • Berkesan Menurunkan Berat Badan
  • Membersihkan Rahim dari Lendiran
  • Mengatasi Angin Meroyan atau Murung
  • Menyegarkan Fungsi Rahim
  • Memperbanyakkan Susu Ibu
  • Menambah Daya Tenaga Semasa Pantang
  • Mempercepat Pengecutan Rahim
  • Membuang Lemak Berlebihan 
  • Merawat Sakit Anggota Badan 
  • Melancarkan Pengeluaran Darah Nifas
  • Merawat Kembung Perut
  • Mengimbangi Kembali Sistem Badan
  • Menstabilkan Hormon 
Kenapa saya perlukan set nie?
  • Ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi
  • Ibu yang sentiasa sembelit teramat sangat
  • Ibu yang sentiasa sakit anggota badan
  • Ibu yang mengeluarkan darah nifas yang tidak normal
  • Ibu yang sentiasa Kembung Perut ketika berpantang
  • Ibu yang terkejut berat badan meningkat secara tiba-tiba selepas bersalin
  • Ibu yang cepat letih dan tidak ada tenaga

Pengalaman melahirkan anak pertama banyak mengajar saya..
Saya bersalinkan Daania dulu..
Aduhaaaaai, menangis dalam bilik air sebab sembelit teruk..
Rasa macam nak terkoyak balik jahitan..
Bila tanya kekawan 
Diorang kata amik set NR nie langsung takde masalah sembelit..
Selebut span katanya.. Amboooiiii...
Kalo dah selembut span, takde laah adegan meraung lam toilet lagi kekdahnye kan kan...

Meh laa intai kejap set nie bila dah sampai ke tangan :

Hambooooi tak menyabo nak tengok isi dalam

Semerbak bau herba yang nyaman bila ku buka kotak

Ku suka packaging dia... Menawan...
Apa ada dalam kotak tu?
 
Letih lesu lepas bersalin? Mesti laaaaa.. Mana nak dapat tenaga...? 
Minuman Antioksidan di Wad Bersalin
Akar Herbanika di set bersalin Nona Roguy ini membantu menambahkan tenaga dan khasiat pemakanan kepada para Ibu. Juga bertindak menyegarkan badan.

Lepas bersalin perut menggeleber buruk kan kan??
Mengetatkan Perut yang menggeleber
Krim Herbanika barut ini di sapu di sekeliling perut. Ia bertindak mengetatkan kembali perut yang menggeleber selepas bersalin.
Ia juga bertindak menguatkan otot perut dan otot pinggul yang kendur.

Kulit dah laa kusam, tak sekata pastu jadi kehitaman... sob sob sob
Mengembalikan keserian kulit
Herbanika Lulur bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman semasa mengandung.
Ia juga bertindak menegangkan kembali payu dara yang kendur.​

Perut tak ubah cam kulit oren!!! Sedihhhhh tauuu....
Pengurangkan Kesan Regangan di Perut
Minyak Herbanika di dalam set bersalin Nona Roguy berfungsi menguatkan otot perut.
Ia juga bertindak mengurangkan kesan regangan dan kesan pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
Ia juga meningkatkan Pengedaran darah.

Haaaaaa.. Nie laaaa Super power tu.. Memang segala tok nenek sisa dia keluarkan.. Kawan la cakap..
Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan).

Luka bersalin kan.. Jahitan kalo leh biarlah cepat kering dan baik..
Penyembuh Luka
Bertindak sebagai Antiseptik untuk menyembuhkan luka dan mencegah jangkitan kuman.
Ia juga bertindak menyegarkan dan menghilangkan bau badan ketika berpantang.

 
Hokkay tak sabo nak tunggu bersalin 
sebab apa
tak sabo nak guna laaaaaaa
kita tengok keberkesanannya lepas bersalin nanti
Bagus ke tak bagus
tapi kena tengok tahap displin ku gak laaaa
maklumlaaah memang terkenal dgn tak displin bab-bab cenggini..
hehehehee
Jumpa laaaaaaaaaagi..
Nanti ku update yeaaa...
Tungguuuuuuuuuuuuuuuu !!

Friday, March 11, 2016

Restoran Western Cafe, Taman Bukit Cheras


As-Salam,
Jumpa semula kita yea...
Ada benda nak kongsi so boleh laa menulis..
Al-kisahnya..
Last week lepas check-up kat klinik panel di Cheras
Pak Shuben ajak makan kat sini :-

Restoran Western Cafe
Taman Bukit Cheras

sebab apa nak makan kat sini?
Sebabnya Cafe nie pernah popular satu tika dulu
masuk JJCM lagi youuuu...
So kami nak repeat laaa
Tengok kesedapan dia masih maintain ke idok..
hehehehehe

Maklum laah,
Rumah kami sebelum pindah di Putrajaya adalah di Cheras
Jadi lebih 8 tahun dah meninggalkan Cheras
Rindu bertandang semula nak jejak kasih 
semua tempat-tempat makan kami yang kami suke pergi dulu

Settle check-up
Kami pun pergilah ke sana..
Sambil tu kami pun pakat laa nak pergi tengok Nursery si Daania masa baby dulu
Aduhai.. Sayangnya tak boleh masuk dah kawasan tu
Berpagar dan ber guard keliling..
Tengok dari jauh je laaah rumah Nursery dia..
Saje mengimbau memori..

Bila sampai kat port makan kami
Lokasi masih tak berubah,
Kedai pun begitu juga, pelanggan tak kurang-kurang
Meriah memang tetap meriah laaa...

Takyah bazir cerita
Moh ler tengok apa yang kami order malam tu... 

Lamb Chops.. Ehhhh, tersama plak citarasa ngan Pak Shuben.. Kami order menu yang samo!

Fish & Chips untuk Daania

French Fries


Mushroom Soup & Bun




Sebelah kedai nie ada laa booth otak-otak.. Biasa leee diorang akan letak atas meja..

Sementara dah depan mata, kita makan je laaa sebab nak tunggu menu kite lambat kan...  Tapi jujur sedaaaap.. !

Meh tengok menu sini meh
Rega opkozz dah beza ngan kami makan 8 tahun dulu laaa



Rega still berpatutan pada hemat ku...

Waktu operasi hado... Jangan cakap hakak tak payung



Malam yang happening, lokasi yang happening..
Nie review aku kali nie :

** Lokasi happening
** Tempat duduk memang banyak
** Port bersih
**Layanan pantazzzzzz
**Order menu pun sekejapan dah dapat
**Sos black pepper marvelous
**Otak-otak sedap, padat, manis, pedas, ngammm
**Lamb tak bape nak fresh
**French Fries biasa sahaja
**Fish & Chips sedap
**Coleslaw biasa-biasa

Ade citer best, masa nak bayar 
ku macam pelik
awat rega mahai bebenor
RM79 ++ kena malam tu
Masa dapat resit trus tunjuk kat Pak Shuben 
Pak Shuben cakap mahai macam makan kat 
William Kelana Jaya
Ku terus kuarkan HP
Terus kira dan-dan tu jugak
Maklumlah kita kena alert bab-bab belanjawan nie.. hehehe

Sah memang diorang salah kira..
Ku tengok diorg kirakan sekali order sebelum aku
Terus Pak Shuben patah balik then ku pun dapat laa balik duit lebihan..
Dapat RM25++
Haaaaa, nampak tak??
Korang jangan main bayar je..
Kena alert...
RM25++ tu korang leh beli beras 10kg woit!!!!
Ku bab-bab nie sangaaaat laaa particular..
Maklumlaaah dah selalu terkena
So memang kena lebih berhati-hati ketika pembayaran 
Tak kisahlah di mall ke, kedai runcit ke etc..
Sebab tu ku memang minta resit pergi manapun..

OK laaa.. Tu jer nak share... 
Apa-apapun mekasih sudi baca..
Ta taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Sunday, March 6, 2016

Resepi Nasi Arab Mandy Noxxa yang Sedap

As Salam..
Sebenarnya lama dah tak ke dapur
Sejak nak tunggu saat-saat kelahiran nie memang banyak makan luar je. 
Sekali-sekala memang nak masak sendiri sebab rinduuuu..
Muak jugak kan kalo hari-hari makan kedai.

Kali nie nak masak Nasi Arab Mandy
Saya suka pakai Rempah Chef Ustazah
Mudah ringkas cepat!!
Tu yang penting. 
Saya tak suka dok lelama kat dapur

Paling best rempah nie siap beras Basmathi sekali
Mudah kan?
Saya beli 2 kotak Rempah Nasi Arab siap beras Basmathi. 
Sekotak RM18
Sebab adik-beradik nak mai umah so kena masak lebih sikit..


Bahan-bahan untuk Nasi Arab Mandy Chef Ustazah :

Bahan untuk Nasi :
- 2 kotak Rempah Nasi Arab Mandy Chef Ustazah (siap beras Basmathi)
- 1400ml air
- I ekor ayam dipotong kecil / ikut citarasa
- 1 kotak kismis 250g
- 2 cawan Yogurt Asli
- Bawang goreng
- Pewarna saffron 
- 5 sudu besar minyak zaitun
- 2 sudu besar garam kasar ( guna garam kasar utk elak pahit)


Bahan untuk Salotah 'Adi / Acar Jelatah :
- 3 batang timun jepun potong dadu
- 5 biji tomato potong dadu
- 1 biji perahan jus lemon
- Hirisan daun ketumbar
- Perasakan dgn garam & gula

Potong dadu semua bahan


Gaul rata


Bahan untuk Sambal Arab /Salotah Harrah :
- 5 biji cili besar
- 15 tangkai Cili Padi Hijau ( tekak melayu, nie saya tambah sendiri)
- 1 biji perahan jus lemon
- 1 biji bawang besar
- 1 ikat daun ketumbar
- Gula secukup rasa
- Blend semua bahan dgn sebati
- Perasakan dgn garam & gula

Potong kasar semua bahan.


Kisar sehingga benar-benar halus


Cara memasak Nasi Arab Mandy :

- Cuci beras Basmathi. Rendam 15min. Toskan airnya
- Bersihkan ayam yang telah dipotong
- Set periuk Noxxa ke Stir Fry
- Masukkan 1400ml air ke dalam periuk Noxxa
- Masukkan rempah Nasi Arab Mandy
- Masukkan ayam yang telah dicuci bersih
- Gaul rata
- Masukkan beras Basmathi
- Masukkan 2 cawan Yogurt Asli
- Masukkan 2 sudu besar garam kasar
- Off kan setting Stir Fry
- Setkan periuk Noxxa HP 7 minit
- Setelah bunyi 'bip', keluarkan wap
- Tambahkan minyak zaitun, kismis, bawang goreng, hirisan daun ketumbar dan pewarna saffron ke atas nasi
- Gaul sekata.
- Sedia untung dihidang

Masukkan 1400ml air + pes Nasi Arab Mandy

Masukkan Ayam yang telah dipotong

Masukkan yogurt asli + beras Basmathi + 2 sudu besar garam kasar. Gaul sekata.
Set HP 7 minit untuk masak Nasi Arab


Kenapa saya suka Pes Nasi Arab Mandy Chef Ustazah?

- Tanpa pengawet & MSG
- Tak perlu tumis
- Cepat dan Jimat


Selamat Mencuba !!