Saturday, October 21, 2017

The Heaven's - Serahan Kunci Rumah oleh Pemaju

Alhamdulillah,
Hari ni merupakan tarikh keramat buat kami sekeluarga.
So kami akan dapat kunci rumah pada hari ini.
Kebetulan kami di Kelantan seminggu sebab urusan Majlis Perkahwinan
Jadi selepas Jumaat kami pun bergegas pulang ke Putrajaya.
Esoknya (Sabtu) kami terus ke Kuala Pilah.
Alhamdulillah, syukur Allah swt permudahkan segala urusan.
Paling happy mesti lah anak daraku
Siap dah cop nak bilik mana
Padahal ada 2 Master Room
Si kaklong so excited nak duduk bilik bawah jugak
sebelah bilik mama & papa
Kaklong & abam so excited amik kunci umah
Orang ke2 paling excited of course laa Si abam Fateh
Insyaallah, Surga kita di dunia
Pinjaman sementara dari Allah sebelum kita dpt berkumpul
di Jannah Allah selamanya di sana kelak..
Allahumma Amin.

Papa & abam pun sungguh laa excited.. si abam siap main larik2 lagi walopun umah lum cuci..
Korang nak tau tak apa dokumen yang pemaju sediakan semasa serahan kunci?
1. Surat untuk bayar cukai pintu
2. Surat dari Syarikat Bekalan Air dari Pemaju untuk Penghuni (korang wajib minta dengan pemaju sebelum buat pembayaran sendiri)
3. Surat dari TNB dari Pemaju untuk Penghuni  (korang wajib minta dengan pemaju sebelum buat pembayaran sendiri, kalo takde surat dari pemaju korang kena charge tinggi nanti)


So far tu je yang aku nampak.. Jadi kalo korang dalam proses serahan kunci make sure perkara di atas disediakan yea. Paling utama adalah kuncinya haruslah semua OK.. Ade jugak banyak kes dapat kunci lain..

Rumah lom cuci, abam dah abes tawaf keliling umah.. Peluh dah ngalahkan org pi membanting padi


Insyaallah, jumpa lagi di lain masa.. As-Salam..















No comments:

Post a Comment