Sunday, October 22, 2017

The Haven's ~ Kenalpasti defect rumah

Hollaaaaa,
Semalam dah pergi amik kunci umah kan jadi hari ni mulalah kerja-kerja cek defect rumah..
Camne nak cek defect ya?
Saya pun banyak belajar dari group jiran tetangga (thanks korang)
Diorg laa ajar dari A-Z pasal camne nak cek defect nie..
Ok laaa ni aku tunjuk sket yea camne nak semak defect rumah
sebelum korang masuk umah korang.
Mengintai umah jiran sebelah.. Alamak canteknya dah siap gardening.. Ku baru nk cek defect umah.. huhuh
Bumbung plaster siling tiada, so korang kena label kan

Palang nie bawah tak pateri sepenuhnya
Haaaa, korang nampak tak?

Hi Cik Meow nanti kite berjiran yea

OK penutup saluran longkang nie pemaju tak letak dahulu sbb takut kena rembat. Maklum laa besi mahai sekarang
 Apa yang perlu penghuni rumah baru tahu untuk cek defect rumah? Selepas dapat kunci ini merupakan perkara utama yang perlu ambil tahu :

1. Lihat keseluruhan isi rumah
2. Lihat semua bilik air telah dipasang kepala paip air dan sebagainya
3. Lihat post box, boleh dikunci atas tidak
4. Tiles kena ketuk pakal siling 50sen, kalo kosong tak padat tu mesti takde simen dalam dia, nanti lelama tiles akan mengelembung
5. Cat di dalam dan luar rumah adakah sempurna
6. Siling semua dalam keadaan baik
7. Semak kebocoran dinding (elok cek lepas hujan utk lebih pasti)
8. Semua kunci utama & pendua boleh digunakan
9. Tingkap2 boleh tutup dengan rapat
10. Tiada cermin tingkap yang pecah
11. Pagar rumah dalam keadaan yang baik termasuk tembok pagar.
12. Tiada rekahan simen di dalam mahupun di luar rumah

Ni plak sudut yang tak cat abes.. Sabo jelaaa


3 comments:

  1. assalam puan..puan amek loan drp LPPSA atau bank ya?nak tnya lama tak proses dr sign S&P smp dpt kunci?sy punya loan dh approve tp S&P x sign lg..bank suruh tggu Letter Instruction..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amik lppsa.. start apply bulan Feb bln 10 baru setel semua

      Delete
    2. owh..puan punya rumah under PPA1M atau beli direct dgn developer yer?sbb compare harga between developer & PPA1M dlm 150K jugak..tak tau la bila dpt kunci sbb S&P pun tak sign lagi...lawyer puan amek dgn developer ke atau cari sendiri ya?

      Delete