Al-Kisahnya..
Gugurl ku lamaaaaaaaaaaaa dah ngajak ke Singapore
Ku rasa dah lebih 6 tahun kot..
Ku sebuk manjang
Jad diorg ajak aku lagi tahun nie..
Ku cakap passport baru mati, kalo sempat ku renew kira memang rezeki ku la
nak masuk Singapore ujung tahun nie..
So ku rahsiakan dari Daania pasal nak pi Singapore nie..
Ku ajak dia sesudah Subuh untuk ikut mama wat Passport..
Dia tau dah passport nie untuk apa..
Sebab asyik layan citer "Strawberry Karipap" kan..
Dia tau kalo ada passport baru leh pergi luar negara.
Jadi dia pikir maybe mama nak bawak dia pergi Australia macam citer tu..
kah kah kah kah.. Verangan itu percuma!
Ku dgn penuh yakin level 200% rasa Surat Beranak Daania ada di opisku..
Pepagi buta tu dah pergi opis
Skali tak jumpa.. Seluruh kabinet ku geledah tetap nan hado!
Sedihnya la hai..
Ku pun tekad je pergi Imigeresen Kajang
Malas takut orang makin ramai
Better ku gerak awal kan.
Sampai je sana, ku keluar je dari pintu lif,
Haaaaaaaaaaaaaa... Amek ko... Orang dh beratur panjang berjela sampai ke pintu lif.
Aku langsung tak nampak mana Imigresennya..
Ku dah laa tak boleh berdiri lama..
Ku pun tekad je laaa beratur dengan penuh sabaaaaaaar..
Dengan Surat Beranak Daania x jumpa
Adoi laaaa, ku pikir ku akan datang semula esok..
Sampai kat Kaunter,
ku cuba bertanya..
" Puan boleh ke saya buat passport anak saya tapi takde Surat Beranak? Ada MyKid sahaja?"
Dia terus jumpa Boss dia tanya camne then minta MyKid Daania..
Bila check dalam sistem Alhamdulillah..
Boleh rupanya.. Takde masalah..
Syukur ku rasa sebab ku tak payah nak datang semula ke sini semata-mata nak siapkan si Daania
nye passport plak.
Sekali penjaga kaunter bertanya,
"Maaf puan.. Puan mengandung ke? Kalo mengandung kita akan beri laluan khas. "
Waaaaaaaaaaa.. Bagai pucuk di cita, ulam mendatang..
Punya laaa hati ku berbunga-bunga
Sebab masa nak sampai ke kaunter tadi ku rasa nak balik dah
Rasa macam buang masa nak kena buat 2 kali kerja
Baik datang terus esok bersama-sama Surat Beranak Daania
Jadi tak sia-sia ku beratur lama semata-mata nak dapatkan no tiket.
Elo je ku di berikan no tiket,
Staff terus maklumkan ku ke kaunter khas
Kaunter nie khas untuk :
1. Ibu yang sarat mengandung
2. Warga Emas
3. Ibu yang membawa bayi
4. Orang Kelainan UPAYA (OKU)
Elok je sampai kaunter khas,
Maklumat ku dikemaskini,
Foto diambil terus di kaunter,
(tak payah dah nk bawak gambar ukuran passport)
Ku dihantar ke kaunter bayaran
Lepas buat bayaran
tunggu 1/2 jam
Passport ku siap
SELESAI
Ku rasa macam nak lompat bintang plak masa tu
Dengan serivce yang cekap dan efisien dari para pegawai Imigresen Kajang
Ku tabik Springgggggggggggggggg ngan mereka nie..
Sampai kat kaunter tu ku suruh Daania tekan button SMILE berpuluh kali..
keh keh keh..
Penghargaan dari pelanggan awak yang jujur.
Ku nak bagi service mereka 5 / 5 Bintang !!!!!
Yeahhhhhhhhhhhhhhhhh...
No comments:
Post a Comment