Ku dah terlalu serabut tengok rambut anak..
Baru darjah 2
Ada hati nak bela rambut panjang
Padahal sikat rambut malas,
Suh ikat rambut pun tak reti..
Jadi ku cuba laa ayat semanis mungkin
Bagi dia setuju nak potong rambut
"Mama kalo nak potong, paras bahu je tau"
"OK laaa mama potong sampai bahu je.."
"Janji"
Bila ku dh start potong, ku tak pasan sebenarnya ku terrrrrrrrpotong paras leher dah. Alamak!!!
Skali anak daro dah nangis sedu-sedan dah...
Setiap kali dia dgr bunyi gunting,
Tiap kali tu laaaa dia menangis..
Ku pura-pura garang...
"Jangan nak mengada-ngada. Nanti ma potong lagi pendek macam laki baru tau!"
Anak daro ku yg mmg berhati "fragile" terus berlari ke dalam bilik air,
Berlari ala-ala Nora Danish yg kesedihan..
Dari dalam bilik air dh dengar dia menangis sambil menjerit sekuat hati.
"Mama tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"
Ku biarkan dia lelama dlm bilik air
Biarkan dia melepaskan segala kesedihan di hati
Maklum la dulu pun ku pernah merasai detik kesedihan seperti ini
Apabila dipaksa oleh arwah mak utk memotong rambutku yg ku fikir paling ohsem ketika tu..
Ku tak tau camne lagi nak pujuk si anak daro nie
Sampai ke petang rajuknya..
So ku pun dpt IDEA..
Ku ingat lagi permintaan anak daro ku untuk membantunya membuat "homemade Playdough"
So sesambil nak amik hati si anak
Ku pun bersuara tanpa memandang mukanya
"Jom kite buat Playdough nak? Mama tolong Daania"
Dengan tak semena-mena terus si anak berubah muka..
Dari suram terus cerah mukanya..
"OK. Mama mesti tlg Daania yea"
Ku pun start meng "Google"
Dari imej, blog2 hinggalah ke youtube
Semua ku jelajah
Kalo leh ku nak resepi yang simple dan semua bahan ada di rumah.
Akhirnya ku ketemu juga...
Bahan-bahan Homemade Playdough :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan garam halus
{2 bahan ini di gaul sekata}
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
Pewarna yang disukai
{3 bahan ini digaul sekata}
Saya membuat 4 jenis warna iaitu :
- Merah
- Hijau
- Biru
- Kuning
Jadi gandakan laaah adunan tu kepada 4 adunan..
Asingkan di dalam 4 bekas
Haaaaaa... Senang sangaaaaat kan ???
Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.
Campur kan Air + Minyak Masak
Masukkan pewarna yang disukai
1 mangkuk garam
Campurkan tepung + garam
Gaul hingga sekata
Masukkan adunan tepung + garam ke dapam bancuhan cecair
Uli sehingga mendapat bahan dan adunan yang dikehendaki. Jika masih lembik tambahkan tepung sahaja
Si anak beriya-iya menguli adunan
Haaaa.. Nampak begitu gigih kan kan kan
Tarraaaaaaa. Setelah 1 jam baru siap Homemade Playdough nie... Phewwwww....
Elok je siap segala tulang-belulang ku sakit. Adoiiiii.
Memang carik penyakit namanya..
Takpe laaaa janji ku dapat melihat senyuman mekar kembali di wajah anakanda... 💋💋💋💋
wah! gigih. ni kira boleh goreng buat jemput2 sekali la kan? ha ha ha
ReplyDeleteMaybe goreng pun sodaaaaaap
Delete