Sunday, November 24, 2013

Kellie's Castle, Perak Darul Ridzuan


Kellie's Castle.. Seindah namanya..
Singgah sebentar di sini.. ini merupakan kali ke-4 
ku ke sini.. 
Kali ini ku takde hati nak masuk.. Tak pasti plak kenapa..

Sekarang tempat ini makin cantik. Terurus dan yang pasti telah ada kaunter tiket jualan.. 
Dewasa Rm5 manakala kanak2 RM3.. Boleh tahan harganya..

Tempat ini terlalu banyak kisahnya.. Pelbagai versi. 
Ada juga dikalangan kawan2 yang telah mengalaminya sendiri..

Paling pasti ini merupakan tempat bersejarah yang wajib dikunjungi jika anda melawat Perak.


Menurut penjaga Castle ini ada terowong rahsia di bawah tanah 
yang menghubungkan di antara Kellie's Castle hingga ke Kuil Hindu berhampiran..
Terowong itu tidak pernah dibuka kepada orang ramai.
Pada waktu itu ramai pekerja di sini adalah terdiri dari warga India
yang bekerja di dalam ladang sekitarnya.. 

Pernah kawan Cik Abe kena ganggu masa lalu depan jalan nie..
Kisahnya... Jeng jeng jeng
Malam nan sunyi.. lebih kurang jam 12.30pagi..
Hujan turun renyai-renyai..
Dikejauhan nampak susuk tubuh dari atas bangunan Kellie's Castle melambai-lambai
ke arahnya..
Biar betul???
Siapa plak dok atas bangunan tu sensorang..
Bila diamati susuk tubuh tu tak ubah seperti orang Inggeris..
Haaaaa??

OK.. tu jee citer selingan dari kawan..
Pas kejadian dia demam 3 hari
Kalo dia tipu maksudnya ku pun tipu kalian la.. Kihs..

Abah mmg suka bergambar
Here we are!
Castle berhadapan dengan sungai.. Macam Cinderella plak
Ehhh.. Sape kat atas tu ??
Ohhhh.. Bangah rupanya..
Terdapat jugak maps Pelancongan Batu Gajah, Perak
Waktu operasi
Shuben pun nak interprem gak
Bayar jangan tak bayar
Kemudahan yang sangat lengkap
Cantik sangat dah tempat nie

Dah ada Cafe sekali dah

No comments:

Post a Comment