Saturday, September 7, 2013

Great Wall of China, Beijing, China


Masa sekolah dulu memang ku scorer laaa bab SEJARAH nie
Ku memang suke bebenor sejarah
tak kisah lah sejarah Malaysia atau sejarah Dunia
Suke tau asal usul, bab tamadun, mengapa manusia buat bangunan itu dan ini..

Sampai laa ku belajar pasal Tembok Besar China atau Great Wall of China..
Ku jadi kagum amat-amat..
Manusia jenis apakah yang membina tembok besar merentasi benua?
Berapa ratus ribu jumlah pekerjanya?
Berapa lama pula tempohnya?
Berapa ramai yang menjadi korban?

Sehinggakan ku jadi amat kagum bila Tembok Besar nie 
boleh di lihat dr Google Earth yang merentasi Benua China.
Jika manusia mempunyai akal yang waras
mesti fikiran ligat berpusing, Apa, Bagaimana, Mengapa, Bila...

Bila dapat peluang ke China
Inilah saat yang paling ku nanti..
Melihat dan menyentuh sendiri Tembok Besar China..

Bila bas menyusuri lembah berbukit
dan mataku terpaku melihat kebesaran Allah ini
Ku menangis di tepi tingkap..
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih kerana menunaikan impianku sewaktu kecil..

Ku termenung, ku sentuh, ku lihat, ku senyum..
Betapa hebatnya binaan manusia ini
tapi jika bukan kerana Penciptanya
Bagaimanalah manusia itu boleh menjadi hebat sebegini kan?

Semua adik beradik ku berjaya mendaki ke Puncak Tertinggi yang dibenarkan..
Kalo tak silapku penghujungnya di Tower 12
Kaki ku hanya mampu sehingga ke Tower 8 sahaja..
Takpe lah itupun dh memadai..
Ahahahaahahah.. Bagai nak pecah jantung dibuatnya..

Masa nie dah sampai kat Tower 8
 
Tak zabaar sungguh nak mendaki (.. kononnya...)

Kaunter tiket

Seb baek anak panah ada BI

Antara cenderahati yang dijual di sepanjang laluan

Kunci ini kononya sebagai tanda kukuhnya ikatan cinta mereka..

Rase macam taknak turun bile dah sampai atas

Panorama

Yeaaaaahh.. Ku berjaya akhirnya!

Tengok anak tangganya, salah langkah memang tertiarap le

Amaran Keras!

nak minta nyawa.. nak minta nyawa.. !!!

Bersama kawan-kawan baru Tour ini

Peta Besar

Kalo ikutkan memang tak puas bila pergi sini.. Rasanya dalam 2 jam sahaja dibenarkan..
Nak datang bawak abah plak ke sini.. Abah macam ku gak..
suke Sejarah dan Tamadun nie..

No comments:

Post a Comment