Sunday, September 29, 2013

Berkelah di Warisan Rimba, Kampung Kemensah, Hulu Kelang Part I


Firstly..  nak bagitau..Teruja!!. 
Tak percaya sebenarnya dalam 'hutan batu' nie ada lagi hutan dara 
yang cantik dan terletak hanya di  pinggir kota... 
Memang kena repeat lagi nampaknya tempat nie..

Sebab ramai yang bertanya pasal lokasi nie, meh saya share :-

1. Landmark ZOO NEGARA.. 
Sampai je Zoo terus ikut susur kiri sebelah Zoo 
menghala ke KG. KEMENSAH..
2. Jalan terus nanti jumpa simpang 3 terus je lagi 
(kiri ke taman2 perumahan / terus KG KEMENSAH)...
3. Pastu nanti jumpa ada kolam ikan sebelah kiri dan nampak
 signage ISI RIMBA.. Belok kiri...
4. Jalan sampai jumpa RIMBA JINBARA 
sebelah kanan then depan tu dah jumpa WARISAN RIMBA (kanan).. 

Yeaaaaahhhhhhhh!

Punca nak pegi sini sebab Kak Ina yang mengajak,
dia cakap sini ada port baik untuk berkelah..
Kitorang adik beradik kan memang pantang berjumpa..
Lajuuuuuu jeee laaa nak ON !

Sebut je kemana,
Memasing akan SETUJU then cakap ON !! Moh le kita..

So kitorang pun bawa le bekalan..
Bawak nasi lemak, air sejuk, air panas, sandwich dan segala 
tok nenek makanan yg rase sesuai untuk di bawa berkelah..

Bila sampai sana, tuuuuu diaaaaaa..
Setenang air di kali, chewaaaah....
Punya laaa nyaman damai suasananya..
Best nyaa kalo hari2 dapat hirup udara segar cenggini..
(mula laa fefeeling cam nak dok lam hutan plak lepas nie.. )

Kemudahan yang terdapat di sini :

Chalet Pelbagai Design
Port BBQ
5 buah kolam buatan tadahan air bukit   
Surau
PA System
Tandas
Bilik Mandi 
Sungai di tepi chalet

Setenang air di kali..
wat empangan
Kakcik yang kesejukan.. Nak mandi ke idok nie
 
Kolam air bukit depan chalet
Kolam air bukit khas untuk kanak-kanak
Kolam air bukit versi luas & besar
Port BBQ yang banyak merata
Bebudak dah mula dah..
Segar bugar mandi air bukit nie
Chalet terapung
Amboi riang gembira nampaknya

** Kenapa AIR KALER HIJAU ? 
Sebab dia AIR BUKIT yang KAYA SUMBER MINERAL
 di tadah terus ke kolam2 buatan mereka.. 
Ada saluran AIR MASUK dan saluran AIR KELUAR..
 Jadi air sentiasa FRESH dan BERSIH.

1 comment: