Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Thursday, October 1, 2015

Restoran Assam House di Ayer @ 8, Presint 8, Putrajaya


"Mama.. Daania dah lapar sangat nie.. Boleh tak kite pergi makan?"

"Boleh.. Lepas Daania balik ngaji kang kite pi makan laa sama Atuk"

Lepas je dia ngaji, cecepat dia dah standby masuk keta.. Sah le tu lapor sesangat dah..
Ajak Abah siap copek..

"Kite nak makan kat mana nie mama?"

Ku diam je.. Saje taknak bagi abah tau.. 

"Kakteh.. Ko nak gi makan mana nie? Tak payah jejauh sesangat.."

"Takde laa jauh.. depan nie je dah sampai"

"Abah nak makan apa"

"Abah kalo boleh nak makan nasi"

"Daania pun nak nasi.." tetibe si Daania nyampuk

Ku memula nak ajak abah makan kat 

RESTORAN TOMYAM KUNG 

tapi tengok orang mak oih ramai nye..

So tetibe mataku dah menagkap satu restoran baru

 ASSAM HOUSE RESTORAN

Hadapan Restoran

Abah setia menunggu order makanan

Daania yang dah lapor

Tomyam Seafood

Air Longan

Telur Daging

Kerabu Mangga

Jus Tembikai

Mari laa kite mulakan dgn Bismillah..

Alhamdulillah.. Selesai..

View dalam Restoran

Pandangan yang ohsemmm menghadap Tasik Putrajaya

Lepas makan-makan ajak abah melepak depan Tasik

Abah suka pegi sini...

Harga keseluruhan : RM72.10
Kuantiti : 3 orang makan
Makanan : 3 / 5


Abah sempat lagi beramah-mesra ngan anak Tokey yang wajah memang Pan-Asia laaa. Kacak sungguh ku tengok dgn mata hazelnya..

"Uishhh.. Handsome sangat awak nie.. Bukan Melayu kan?

"Saya Melayu, Mak saya Cina, Ayah saya Pakistan"

Ku pun terkulat-kulat.. Mana datang Melayu dia? Maybe sebab warga Malaysia kot.. Hehehe
Patut laaa handsome, 2-2 mak ayah dari benua yang berlainan..

"Daania nanti pilih suami orang Palestine tau" terus ku nasihat kat Daania.. Ahahahahaha

Alhamdulillah... Kenyang dah semuanya..
Bila dah kenyang ajak abah gi bersiar kat depan tasik
Punya laaa abah terkejut..
Dia memang tak pernah sampai sini..

"Ya Allah.. Cantiknya view sini.. Abah tak pernah tau Putrajaya ada tempat cantik macam nie"

"Daania nak tau, Atuk kalo dok kampung menghadap hutan je.. Sini atuk boleh tengok pemandangan yang cantik macam kat Oversea"

"Abah kalo ko hantar abah lepak sini lelama pun abah OK.. Abah sanggup.. Sampai 4 pagi dok sini pun abah suka"


"Nanti abah nak bawak kereta sendiri ke Putrajaya. Abah nak cuba belajar pegi kat sini sendiri"


Amboooooi tak habis-habis abah dok puji Ayer@8 nie..
Ku tau laaa apa yang abah ku suka
Sebab tu ku bawak dia dediam ke sini..

Abah macam taknak balik
tapi ku cakap dah pukul 11.30 malam
kakteh nak kojo bah esok..

Ahahahahahaha..
Baru laaa abah nak pulang
Kalo dibiarkan mau sampai esok Subuh dok merenung kt tasik nie..

"Atuk nanti Daania nak beli rumah Banglo ada kolam renang kat sebelah tasik nie.. 
Nanti Atuk bangun tido je atuk tengok tingkap nampak terus tasik"

"Kalo macam tu boleh ke Daania sediakan 1 bilik untuk Atuk?"

"Boleeeeeeeh sangat.. Atuk boleh tinggal sama Daania laaaa"

Abah tersengih-sengih sambil cakap time kasih kat Daania sebab sudi sediakan 1 bilik khas untuk atuk..


Ku gelak je sambil memandu pulang...

Monday, September 7, 2015

Senarai Tempat Makan BEST & POPULAR di Langkawi

Hi.. As-Salam semua..
Anda pasti seperti saya sebelum ini.. Mencari-cari destinasi popular tempat makan paling best dan disukai oleh para pengunjung apabila tiba di Langkawi.

Baiklah saya akan kongsikan senarai tempat makan yang BEST & SYIOK di Langkawi.. Semoga ianya bermanfaat untuk percutiaan anda kelak :-

.
.
.

🍧🍨LIST TEMPAT MAKAN BEST LANGKAWI 🍲🍴

1. Restoran Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat (Free Refill pelbagai jenis Air)

2. Laksa Ikan Sekoq, Airport Langkawi

3. Nasi Campur Top BBQ, Bangunan Koperasi, Kuah Langkawi

4. Nasi Kandar Al-Aiman, Persiaran Putera, Langkawi

5. Laksa Power & ABC, Jalan Kuala Muda, Kedawang

6. Restoran Nasi Kandar Haji Ali, Kuah

7. GM Burger, Kelibang (segala jenis masakan panas & goreng2 ada)

8. Gerai Pisang Goreng sebelah Petronas Kedawang

9. Gerai M2 @ Shuttle Kitchen, Kompleks HIG
    (Char Kuew Tiaw Ketam / Nasi Goreng Ikan Sekoq)

10. Restoran Kak Tie Nasi Campur, Langkawi

11. Nasi Dagang Pak Malau, Tepi Sawah

12. Char Kuew Tiaw Ketam Sekoq, Pjbt KEDA Langkawi

13. Restoran Aji Marina Pekan Rabu (Dinner)

14. Pak Aqi Nasi Campur, Kuah

15. Restoran Zainas Nasi Campur, Idaman Suri

16. EE Burger, Kuah (segala jenis masakan panas & goreng2 ada)

17. Gerai Nasi Lemak dan Kuih Muih berhampiran Hotel Seaview, Kuah

18. Gerai Nasi Lemak dan Kuih Muih sebelah Langkawi Parade

19. Gerai Nasi Lemak dan Kuih Muih berhampiran Masjid Kelibang Langkawi

20. Gerai Nasi Lemak dan Kuih Muih di Hadapan Hotel Residensi

21. Gerai Kuih Muih sebelah Masjid Padang Mat Sirat

22. Restoran Selera Nelayan, Jalan Bkt Malut

23. Restoran Lubuk Buaya @ Aseana Resort


** Makanan di sepanjang Pantai Cenang semua mahal-mahal. Mungkin kadar sewa yang mahal.. Please take note!

Friday, August 28, 2015

SUBWAY Fever 27 Aug 2015


Last week kan..
Ada promo hebat dari Subway
Ku masa tu dok meeting kt Cyberjaya
dah pasang angan-angan balik ni kompem singgah Subway nye..

Tengah dok riki-riki mana Subway terhampir ngan MDEC nie
ku jumpa daaaa..
Haaaaa, kali nie Petronas sebelah Lim Kok Wing jadi mangsa laaa

Korang nak tau ke promo apa tu?
Nie haaaaa promo nye

Taraaaaaaa.. Buy 1 get 1

Ki pikirkan sebab petang kan
mesti tak ramai umat lagi dok sebuk beratuq..
Skali ku sampai nak menjejes-jejes ayaq mata..
Uwaaaaaaaaaaaaaa!

Korang nampak tak? Nampak tak Q nyeeee
Ku dah kira, ku orang ke 36 gitu.. sob sob sob
Haaaa.. Nie dah lepas 50 min ku beratuq.. Dapat laa Q kt dalam yang penting air-cond kan.. Tgk diorg tu.. Pheww

Kalo ikutkan kaki memang tak daya laaaa dah nak beratur lama gini.. 
Tapi sebab dah terngidam
Kena laaa pi beli jugok kan..
Lagipun anak daraku pun suke bebenor makan nie..
Leh habiskan 12 inch plak tuuu
Perghhhhhhhhh..
Tak ku sangka tau..

OK.. Bile dah dapat muka ade cenyummm drive blk ke umah..
Nyamaaaaaaaaaaaaaan masuk tekak.. 
Alhamdulillah



Saturday, August 8, 2015

Buffet Steamboat Dinner di PICC Putrajaya


Esok kan 8 Ogos 2015 ?
B'day Cik Abe laaa kan..
Kekonon nak buat surprise..
So ku pun plan laaa nak buffet dinner kt PICC

Memang tak pernah lagi laa try,
So kali ni apakata kita ubah citarasa plak kan..

Harga padaku OK laaa.
Bukannya setiap malam kan nak makan di situ..
Ada special occasion leh laa pi..

Kenapa kali ni ku pilih PICC ?

View depan restoran sangatlaaah Ohsemmmm
Tempat makan yang luas
Suasana yang menawan
Parking yang luas & Percuma!
Makanan pun OK 

Sempat ku snap foto-foto menu Buffet Steamboat
Meh layan kejap :

Spagetti Bolognese
Dah ade spagetti kena laa ada kuahnye kaaan
Nasi Goreng Kampung.... Sedaaaaaap.. Recommended
Mee Goreng Mamak
Makanan Laut
Makanan Laut
Gerai ABC & Cendol

Fruits Bar
Aneka Kuih-Muih

Haaaa.. pilih jelaa mana berkenan dek hati



Memacam jenis mee pun hado
16 ~ Nombor bertuah meja kami kali nie (^.^)




Camne ngan harga dia ? OK.. Leh tgk kat bawah nie


Friday, October 24, 2014

Buffet Steamboat di MAEPS Serdang, Seri Kembangan, Selangor


Selama dok Putrajaya nie tak pernah lagik laa pergi sini.. Tak sangka tempat dia OK, nyamaaaan, sesuai utk buat gathering, bawa family yg besar dan paling best tempat dia 'cool'

Menu tadi adalah aneka bahan utk steamboat, nasi goreng cina, mee goreng mamak, kuew tiaw goreng, asam laksa, ayam masak merah, keropok, candy, aneka mee, telur puyuh, ABC, aneka aiskrim, cendol, kek pisang, teh tarik, air sirap, air blueberry, air jambu, air jagung dan banyaaaaaaaaak lagi. Tak larat nak sebut. Pada saya semua OK kecuali tang sos agak kureng sket.

Parking pun amaaaaaaaat luas. 
Jadi x perlu risau atau pikir kemudahan parking camne.. 
Beratus kereta boleh parking.

Harga plak sangat berpatutan. Meh tengok rega..

Steamboat : RM29 / RM15
Grill : RM33 / RM18

View ruang makan yang luas

Steamboat pilihan kami
Kaunter makanan utama
Nak air panas or sejuk ? Semua ado!
pilih jangan tak pilih!
Kalo ada steamboat takde nie tak sah la kan
Sos beraneka warna
ABC pun hade.. lalalala
 
Ais krim yang beraneka pilihan

Tuesday, March 18, 2014

Makan Malam di Kampung Nelayan Floating Seafood Market, Kota Kinabalu, Sabah


Kali nie nak kongsi pasal tempat makan di Kota Kinabalu, Sabah
Satu lokasi restoran yang sangat menarik dan agak sinonim dengan restoran nelayan di 
Taman Tasik Titiwangsa KL cuma kawasan di sini sangat luas. 

Pintu masuk melalui ala-ala jambatan gantung then bawahnya ada tasik buatan
Masuk je nampak dereta aquarium yang menyajikan 
segala hidupan laut segar bugar..
Pilih je janji sediakan ongkos secukupnya (^o^)

Sambil menunggu makanan disajikan
para pengunjung akan diberikan 
persembahan memukau kebudayaan Sabah
Percayalah
Korang akan lupa yang korang tengah lapar nak fengsan 
dek leka tengok persembahan nie..

Pada ku diorg pandai treat pengunjung
Dari segi sajian makanan saya bagi 4.5 ☆☆☆☆☆
Memang sedap, best, lazat & memikat...
 Apa nak cakap lagi tak tau laaa
Kalo sesekali turun Sabah meh laa pakat pekena..

Pintu Gerbang
Lalu jambatan gantung nak ke Restoran
 
Persembahan kebudayaan

Ikan nie ikan fresh, lepas goreng dia curah jus lemon + kerabu mangga
Sotong Goreng tepung
Tiram Kukus
Korang tau tak nie apa ? (-.-)
Prawn Butter Cheese
Kepingan ayam + jus lemon
Ketam Goreng Nestum
Nasi Goreng Cina.. Simple je tapi sedap betui
Sayur Kailan tumis telur

Seafood Soup
Coconut Jelly (5 Star ku bagi terus)
Haaaaaaaaaaa... Alhamdulillah .. Kenyang...
Semuaaaaa sedaaaaaaaaaaaaap.
Nanti kalo turun Sabah memang nak pi sini lagi..


Korang nak tau detail  :

Alamat :
Taman Tun Fuad, Bukit Padang,
P. O. Box 23004, 88790 Luyang,
Kota Kinabalu, Sabah. 

Daily Business Hour:
7.30am - 2.00pm,
6.30pm - 11.00pm

T : +6088 256001, 269991,
      263331/2 (0), 231003/5 (Rest)
F : +6088 269995
E : enquiry@kampungnelayan.com