Ku mendapat maklumat dari group persatuan NGO ku..
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Putrajaya
melalui apps What's Up
Sedang mengutip dana untuk di sumbangkan kepada
para pelajar Tahfiz di pedalaman Kedah.
Ku sangat laaa jatuh hati dgn anak-anak yatim & miskin nie
Gigih dalam mendalami Al-Quran hingga menjadi Tahfiz
Jadi tanpa berlengah ku cuba sampaikan hasrat ku kepada pada sahabat ku di FB
dan ku emel kan juga kepada kwn office ku..
Alhamdulillah,
Kutipan hanya sehari sahaja
tapi jumlahnya sangaaaat besar..
Ku menangis sendiri..
Betapa mulianya hati sahabatku..
Sesama berkongsi rezeki di dalam Ramadan ini..
Hasilnya inilah yang berjaya kami sumbangkan..
Hanya dalam masa 1 hari sahaja..
Ku dan Ereena tanpa berlengah membeli semua keperluan yang diingin oleh mereka.
Ku senaraikan..
Moga tiada satu pun tertinggal..
Esoknya barang-barang ini selamat dihantar menggunakan
perkhidmatan lori terus ke Kedah.
Semoga adik-adik gembira di atas segala sumbangan ini..
LOVE from HEART
Ereena gigih membantu mama ketika Ramadan ini |
Gula 30 peket Tepung 30 peket |
Minyak masak 30 botol |
Susu 30 tin Milo 30 pek Teh 30 pek |
Gula 30 pek sumbangan sahabat ku |
30 kampit beras yang ku terpaksa ulang 2 kali untuk membeli barang2 sumbangan |
Terima kasih Kereta comelku.. Awak banyak berjasa dgn mama (^.^) |
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”(HR At-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan sahih)
Foto Ihsan Google |
No comments:
Post a Comment