Friday, May 27, 2016

Memori Perjalanan Penyusuan Susu Ibu by Mama Fila

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah jumpa balik kita kan..
Walaupun cuti berpantang 3 bulan tapi memang tak cukup masa..
Nak-nak Al-Fateh sangat manja dan memerlukan sepenuh perhatian
Bayangkan laah walopun dia tido ngan lenanya tiap 1-2 jam pasti dia bangun menyusu..
Memang lembik mama jadinya..

9 tahun dulu masa penyusuan Daania ku dpt semangat dari kakak kesayanganku Sis Afrohah,
Dialah yang paling banyak support untuk ku beri susu badan sepenuhnya. 
Masa tu memang 0 knowledge. Ku memang x tahu menahu langsung pasal info susu ibu,
Tak sangka susu ibu leh disimpan sehingga 6 bulan dalam Freezer. Agak mengejutkan diriku yang cetek ilmu.. Hehehe..

Daania ku sempat susukan secara fully selama 6 bulan, alhamdulillah. Lepas tu memang trus drop gegila.. Ku pun tau apa puncanya... Stress + salah faham. Nak dijadikan cerita pernah suatu ketika lepas ku susukan Daania jam 3.00 pagi, ku pun mulalah mengepam secara manual pakai pam febret ku Avent. 
Sambil ku mengepam, Tuan Suami datang menyapa. "Ma.. Kenapa pam? Susu mama kan banyak lagi dalam freezer tu?"

Tak memasal ku trus sentap seribuuuuuu... Sejak haritu memang ku tak pam. Sampai Tn Suami tanya, "Eh. Kenapa ma lama x pam?"  Ku buat don't know je. Kebodohan dan keegoaan ku masa tu mmg ku biarkan taknak pam. Ku bisik dalam hati, " Haaa. Lepas nie pepandailah cari susu yang sesuai untuk anak yea. Malas dh nak bg susu badan". Punya laaa ku emosi kot time tu. 

Padahal masa Tn Suami tegur dulu sebenarnya dia concern kan kesihatan aku. Yelaaa bangun pagi buta nyusukan anak. Pastu sambung mengepam plak. Pastu kul 6 dah nak bangun gi keja. 6.40pagi gerak gi kerja ke Putrajaya dari Cheras masa tu.. Alahai. Apalah aku emosi dan terasa sangat kan. Manalah aku tau maksud tersirat Tn Suami.  Adoyai..

Maklumlah emosi perempuan kaaaan. Cepat betul sentaaaaap nyeeee...

Bermulalah episod mencari susu formula, dari satu susu ke satu susu. Semuanya Daania reject. Paling teruk dia alah susu lembu. Kena tukar susu soya plak. Pastu dia kena excema teruk giler. Sampai kena pi Spital. Doctor marah aku. Dia cakap aku pakai sabun basuh baju apa sampai anak alah begini. Masa tu kulit Daania memang melepuh gila. Dia alah susu formula bukan sebab pencuci baju laaa...

Bertambah stress aku... Ada orang ingat Daania kena sampuk ke hape. Siap abah gi bawak jumpa Ustaz kt Serting untuk berubat. Sepanjang Daania susu badan tak pernah sekali dia demam, selsema ke or jatuh sakit. Memang sihat walafiat. Bila tukar ke susu formula abislah keja kami ulang alik klinik. Aku pun x pikir nak bagi susu badan dah time tu sbb tengah serabut. Susu plak makin drop... Masa tu mana laa ada milk booster bagai macam sekarang kan.. Ilmu pun cetek paras buku lali kaki. Phewwwww. Teruk betul aku masa tu..

Masa dalam pantang si Daania aku dapat gak kumpul dlm 350 cup, tiap cup dlm 3oz. Dulu cuti pantang 2 bulan je..  Si Daania plak x pandai direct feed. Jadi aku terpaksa pam bagi dia minum pakai botol. Masa tu mana tau kalo baby x direct feed so akan takde stimulation pada breast kita so lelama susu akan drop  sendiri..

Jadi aku taknak pisang berbuah 2 kali. Masa Al-Fateh nie memang aku berdoa agar semangat aku kuat membara. Aku janji nak susukan dia selama 2 tahun insyaallah. Aku harap aku berjaya mengharungi segala ujian onak dan duri dunia penyusuan ibu. Chewaaaahhhhh. Segala kelab penyusuan kt media sosial nie ku join. Tak cukup ngan tu ku google plak pasal penyusuan ibu yang berjaya. Moga ilmu penuh di dada dan akan dipraktikkan..

Memula Al-Fateh kena tahan ward NICU  lepas hari ke-3, ku gigihkan jugak pam. Dpt dalam 2oz je. Pastu ku teruskan mengepam sebab nak hantar susu kat dia & bagi direct feed.. Lelama makin meningkat cuma sekarang ku leh pam 2x sehari je utk buat stok naik keja. Maklum lah baby boy memang kuat menyusu. Tiap 1 jam diminta nye. Mau fengsaaaaaaan aku.... Ahahahhahaha...

Lanie cuti pantang ku dah berlalu 2 bulan suda. Tinggal sebulan lagi. Macam malas dak naik keja pun iyea. Tanyalah mana mommies pun kalo leh memang nak gomol & tengok je anak membesar depan mata sendiri. Hurmmmm. Apakan daya, kita pun ada tanggungjawab kepada nusa dan bangsa. Agagagagaga...

Semoga mommies-mommies sekalian akan sentiasa kuat semangat. Jangan kita putus asa.. Aku selalu ingatkan diri bahawa "SUSU IBU ADALAH HAK ANAK".. So kita kena pegang amanah nie..

Ada sedikit lagi ruang dalam Freezer atas tu. Lepas nie kalo dah penuh memang terpaksa lah ku beli Up Right Freezer. Senang sket ku nak susun stok.. Dah ku survey Chest Freezer memang murah tapi payah plak ku nak menyusun sok-sok..

Lepas nie kalo ku ghajin menulis ku akan kongsikan #MilkBooster apa yang menemaniku sepanjang penyusuan nie. Tungguuuuuuuu....

All the best korang. Doakan diriku terus  semangat membara ya!!




8 comments:

  1. caiyok....semangat Kena kental...miss the moment time outstation...satu beg travel bf je..smpi hotel terus p cari kitchen..hahahahh

    ReplyDelete
  2. Seronokkan pastu tumpang freezer kitchen hotel. Ahahaha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. sebaik - baik susu adalah susu ibu. teruskan menyusu anak anda. pesan ini dibawakan oleh shaizhar sana sini

    ReplyDelete
  4. Oh tak sangka nama kakak terbaik dalam senarai. InsyaAllah adek boleh. Buatkan semangat dan sentiasa jaga pemakanan dan emosi. Dia banyak2 semoga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik pulak, termasuk.. <3

      Delete
    2. Banyak no typo. Maklumlah, dia detect bahasa Ostolia..

      Delete
    3. Bahasa ostolia memey terbaik tu pasal dia xleh detech bahaso Zimbabwe.

      Delete