Saturday, January 23, 2016

Mutiara Alai Homestay Melaka ~ Malacca Vaccay 2016 Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..
Amboi.. Kemain santun lagi kan hari nie..
Maklumlaaah Hari Jumaat penuh barokah..

Nak share pasal Malacca Vacation 
Kami plan nak gi Melaka
Saje je laa isi cuti sempena Thaipusam..
Cadangan awal nak bawak bebudak gi Zoo Negara
tapi sebab Zoo Negara macam tak best
Haiwan pun banyak tua..
Pastu memang laluan utama untuk Perarakan Thaipusam ke Batu Caves
So kitorang decide nak gi Melaka je..

Kami pun mulalah pencarian Homestay
Syarat utama homestay tu kena ada POOL aka Kolam Renang
Apa lagi ku pun mula lah membuka mudah.my
Carik punye cari
terjumpalah homestay nie :

MUTIARA ALAI HOMESTAY MELAKA

Haaaa.. Siap Kolam Renang.. Senang nak tambat hati bebudak nie


My Bilik.. Sangaaaat Selesa

Siap ada Cermin Panjang lagi

Ada kerusi, TV, Cerek Air, Cawan & aircond pun hado

Ku amik connected room, sebelah tu bilik abah

Siap ada mini Play ground lagi.. Bagusssss
Bebudak nie tengah hari panas berdeting pun nak main playground


Ku dan kaklong sampai dulu
Bangah on the way dari Shah Alam
Abg Zul plak dari PJ balik kampung jemput Abah di Serting
then baru gerak ke Melaka..

Cadang kami nak tunggu semua sekali
sebab nak pegi makan Asam Pedas sesama
Sementara menunggu tu
bebudak dah request nak mandi kolam

Apooooooooooooo??
Koje gilerr mandi kolam panas buto nie...
Ku cakap nak mandi tunggu malam
Panas menggelegak sampai ke otak rasanya..
Ade yang macam kena rebus dalam kolam renaang tu kang...

 Homestay nie adalah kawasan privasi
Senang nak cari,
Waze je :
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, MELAKA
haaa homestay nie terletak di belakang lorong sekolah nie..
Jalan depan sket ada kedai runcit yang serba lengkap.
Ada jual makanan basah dan kelengkapan memasak semua..

Bebudak sebuk membersihkan kolam yang dah memang bersih

setiap depan rumah ada meja dan kerusi batu

Parking yang sangat luas

Sila baca peraturan ya
Foto toilet penting. Ku memang kena tgk toilet bersih ke tidak

Total ada 6 unit Chalet.. Sesuai untuk 6 buah keluarga

Gazebo untuk program BBQ. Peti ais juga disediakan

Jika hendak menggunakan peralatan BBQ hanya perlu bayar RM20 sahaja tambahan

Sinki pun ada...

Peti ais, dapur dan peralatan memasak

Maghrib suda

Elok je mama kata lepas solat Maghrib & dah jam 8pm baru leh mandi Pool, haaa tepat jam 8.00pm diorg dah gedebussss

Harga bilik :
RM90 (Hari biasa)
RM100 (Hari minggu)

Kami amik 4 chalet
1 untuk family ku
1 utk kaklong
1 utk abah
1 utk bangah
Kedai runcit pun ada belakang lorong Homestay nie
Segala keperluan yang anda mahukan confirm ada kat kedai runcit tu
Depan Sekolah plak ada Gerai Coconut Shake Alai,
Alai Burger Station & Kedai Makan.

So memang port nie terbaik..
Nak gi Bandar Melaka pun dalam 15 minit
Nak ke Restoran Nelayan Seafood Sungai Duyong dalam 5-10 minit sahaja.
Tempat nie memang tengah-tengah di antara segitiga emas melaka.

Jadi kami rasa percutian kami selama 3H2M di sini amat berbaloi.
Insyaallah kami akan datang lagi..

3 comments:

  1. assalam,tupang tanya 1unit rumah rm90 ka semua unit rumah rm90.terima kasih

    ReplyDelete
  2. SEUNIT RM 100 UTK 4 DEWASA.
    SEMUA ADA 6 UNIT

    ReplyDelete
  3. nak booking untu 24-26 dec 2016 masih ada kekosongan?

    ReplyDelete