Sunday, January 26, 2014

Farm in The City, Seri Kembangan, Selangor


Kisahnya kaklong call ku ajak pi Farm in The City,
ku tak tau menahu pasal tempat nie..
Dia ajak ku survey.. Pikir takde nak buat apa kan ku pun follow je laa..
Bukak maps then ikut je direction dlm maps tu..
Alahai, dekat nak mampos ngan Putrajaya rupanya
Tak sampai 15 min pun perjalanan..
Senang nak cakap 
bebetul belakang GIANT Seri Kembangan.
Satu lokasi pembelajaran menarik untuk anak-anak 
sebab boleh berinteraksi dan bermain dengan haiwan-haiwan 
secara lebih dekat.
Kalo pegi Zoo, haiwan dalam kandang kan
Kite tgk dari jauh je..

Ini haiwan depan hidung kite.. 
Main laa camne nak mainpun 
Jangan sampai haiwan tu pengsan / mati kita kerjakan dah le

Bebudak memang suke sangat la kan main sama haiwan nie
Kite pun suke..
Paling ku terkejut macam taman Ular
Skali tgk ular tu atas jaring kepala ku
Memang choooi betul laaa
Nasib ku tak melompat..
Kena laaa jaga reputasi kan.
Malu laa kt pengunjung lain...

Sangat-sangat recommended tempat nie laaa
Beza sesangata dengan pegi Zoo Negara,
haiwan pun banyak dah tua pastu kurang aktif
Kat sini haiwan semua aktif-aktif belaka..
Tapi takde laaa sampai ada Singa, Harimau, Beruang kan..
mu ingat nie SAFARI ke?
hehehehehe 

Jom cuci mata tgk di hari kejadian ..

Haaaaa.. dapat meluk kan best

seb baek badan keras.. kalo lelembik mmg ku tak pegang
Si Izzat yang sangat berani ngan sume haiwan
Bapak ular sawa
tgk ular nie atas kepalaku.. terkejut mak
Burung Merak memang jenis eksen ek.. orang lalu je dia kembangkan bulu nye

Izzat first time tgk ayam kot
bagi kambing mamam

Ereena yang suke bebenor ngan arnab
Meh tangkap ikan plak
Food court juga terdapat di dalam Farm in The City
Kura-kura mesra pengunjung
RM5 untuk naik Kuda
Terkejut bila tetibe rusa dtg dari belakang kami
Arnab yang comel
nie memerang ke hape ntah
The Most Largest Rabbit in the World
Iguana
Wefie di pintu masuk

Senarai Harga Tiket


Ada beratus foto kami, tapi takkan ku nak masukkan semua plak kan..
korang kena laa pi sendiri..
Ada jugak Unta, Burung Ostrich dan banyaaaak lagi haiwannya..
Best - Berbaloi - tak Rgi - Puas Hati

Lokasi :
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
    Tel : +603-8941 2099

 

Sunday, January 19, 2014

Homestay Seri Bulan Apartment, Port Dickson, Negeri Sembilan


Atas permintaan sahabat-sahabat. 
Review penuh untuk lokasi kali ini iaitu Seri Bulan Apartment.. 
Sesiapa yang berminat utk ke Port Dickson boleh lepak kat sini 
sbb paling hampir dgn pantai Teluk Kemang dan harga sangat berpatutan.

Kemudahan :

3 bilik tidur 2 bilik mandi
Semua bilik tidur fully Aircond
Aircond @ Living Hall
Corner Lot
Apartment Aras 2
Elevator (Lift)
Water heater semua bilik mandi
Set Sofa
1 pool dewasa
2 pool kanak-kanak
3 port BBQ di tepi laut
Hall yang luas
Balcony yang luas
Kemudahan TV & ASTRO
Meja makan 6 kerusi
Dapur memasak
Dapur Elektrik
Kettle
Periuk Nasi 1L
Blender
Lesung Batu
Peralatan BBQ
Set pinggan mangkuk
Peti Ais
3 set toto + 6 biji bantal tambahan

**Paling menarik ianya adalah CORNET LOT paling hujung. So jika riuh rendah dan ber BBQ tidak mengganggu privasi penghuni lain. Ianya juga berlainan blok yang menghadap pool.. Lebih privasi utk gathering family yang besaaaar...

Owner : Encik Kahar 017-8830360

 
Ruang tamu

Pandangan hadapan
Bilik tidur utama

Bilik tidur ke-2


Bilik Tidur ke-3

Ruang menonton
Kitchen Cabinet

Balkoni


Swimming Pool Dewasa

Swimming Pool Kanak-kanak

Puas hati tak?

Wednesday, December 4, 2013

Siapa ku?

Dilahirkan di sebuah negeri yang diberi nama N9. Bangga? 
Mesti laaaa..
 Satu-satunya negeri yang mengamalkan adat pepatih dan nama yang unik!

Lahir di Kampung Parit Seberang, Negeri Sembilan bukannya di Hospital seperti adik-beradik yang lain.
Abah kata memang tak sempat nak bawa arwah mak ke hospital untuk melahirkanku.. Jadi panggil bidan kampung terus... Uwaaaaaaaaa...
 Nama timangan ku KAKTEH.. 
Yup.. anak nombor 4 kaaaan... Mesti ada nama panggilan.. Itu lebih dihormati.

Nama yang abah bagi FILA... Dari kecik sampai le ke sekolah aku menangis sebab aku x berapa suke ngan nama tu.. Sebab apa? 
Sebabnya.. Adik-beradik yang lain semua ada 'QH' dalam nama masing-masing.. Aku ngan kaklong je takdak.

Tapi aku igt lagi masa aku darjah 2, aku selak URTV sekali terpampang jelas IKLAN JAM TANGAN FILA... Perghhhh... Kembang kuncup idungku masa tu.. Nak-nak plak jenama tu dari ITALY.. Fuuuuuhhhhhhh.. Lagik kembang setaman..


Terus aku jatuh chenta ngan nama aku sampai sikalang.. lalalalaalla..

Ku dilahirkan dalam family yang besar.. 9 orang adik beradik.. 5 lelaki dan 4 perempuan.. Masa kecik.. Fuyyooooooo.. Nauzubillah... Memang gilerrss ganas kami adik beradik.. Setakat main askar2 baling batu kena kepala sampai berjahit tu perkara biase..

Panjat pokok nangka tinggi2 pastu tak tau camne nak turun, mandi sungai vogel2, ronda2 naik beskal 1 Serting Felda sampai ke tanah kubur, masak nasi dalam tin planta pastu kena pelangkung kt arwah mak sebab membazir beras katanya.. Sume dah ku rase.. 

Tapi tu laaaa.. Bile dah besar nie kami semakin mantopppppp.. Maklum laaa semua dah tawen dan ade anak memasing.. Sekali berkumpul tu .. Haaaa.. amik ko.. nasik kena masak cam kawah le bak kata abah ku..

Tu jer kot nak tau pasal diriku... Paling penting ku adelah insan biase yang dilahirkan dlm keluarga biase dan abahku cuma kakitangan Felda yang kini telah pun bersara..

Sunday, November 24, 2013

Kellie's Castle, Perak Darul Ridzuan


Kellie's Castle.. Seindah namanya..
Singgah sebentar di sini.. ini merupakan kali ke-4 
ku ke sini.. 
Kali ini ku takde hati nak masuk.. Tak pasti plak kenapa..

Sekarang tempat ini makin cantik. Terurus dan yang pasti telah ada kaunter tiket jualan.. 
Dewasa Rm5 manakala kanak2 RM3.. Boleh tahan harganya..

Tempat ini terlalu banyak kisahnya.. Pelbagai versi. 
Ada juga dikalangan kawan2 yang telah mengalaminya sendiri..

Paling pasti ini merupakan tempat bersejarah yang wajib dikunjungi jika anda melawat Perak.


Menurut penjaga Castle ini ada terowong rahsia di bawah tanah 
yang menghubungkan di antara Kellie's Castle hingga ke Kuil Hindu berhampiran..
Terowong itu tidak pernah dibuka kepada orang ramai.
Pada waktu itu ramai pekerja di sini adalah terdiri dari warga India
yang bekerja di dalam ladang sekitarnya.. 

Pernah kawan Cik Abe kena ganggu masa lalu depan jalan nie..
Kisahnya... Jeng jeng jeng
Malam nan sunyi.. lebih kurang jam 12.30pagi..
Hujan turun renyai-renyai..
Dikejauhan nampak susuk tubuh dari atas bangunan Kellie's Castle melambai-lambai
ke arahnya..
Biar betul???
Siapa plak dok atas bangunan tu sensorang..
Bila diamati susuk tubuh tu tak ubah seperti orang Inggeris..
Haaaaa??

OK.. tu jee citer selingan dari kawan..
Pas kejadian dia demam 3 hari
Kalo dia tipu maksudnya ku pun tipu kalian la.. Kihs..

Abah mmg suka bergambar
Here we are!
Castle berhadapan dengan sungai.. Macam Cinderella plak
Ehhh.. Sape kat atas tu ??
Ohhhh.. Bangah rupanya..
Terdapat jugak maps Pelancongan Batu Gajah, Perak
Waktu operasi
Shuben pun nak interprem gak
Bayar jangan tak bayar
Kemudahan yang sangat lengkap
Cantik sangat dah tempat nie

Dah ada Cafe sekali dah

Saturday, November 16, 2013

Family Trip ke Pulau Pangkor, Perak

Tujuan asal kami ke Perak adalah untuk
Majlis Konvokesyen si Kaksha yang baru habis
di UITM Seri Iskandar, Perak.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
alang-alang ke Perak biar sampai jejak ke Pulau Pangkor..

Ku memang laa touching bila ke Pangkor nie..
Nie laa port honey madoo ku mendapatkan si permata hati
Noor Daania Ereena

Bila jejak je kaki ke sini,
segala memori akan segar kembali..
Wallaweeeeyyy.. Ini semua P.O.Y.O !

Kami cuba naik Feri dr Port baru iaitu 
Marina Bay berdekatan dengan kem TLDM Lumut.
Jadi agak mahal sket laa dari naik kt Jeti biasa tu
Lagipun Jeti Marina nie lebih dekat dengan Pulau Pangkor..
So cepat sket sampai nye..

Sampai je Jeti Pangkor terus dapatkan Van Pink tu..
Adoyai.. memang nostagia sungguh!
Homestay kami kali nie di rumah JPS
betul-betul berhadapan Pantai Nipah

Korang mesti tau kan betapa happeningnya
Pantai Nipah nie ketika malam
Sini adalah port paling 'live' bila malam.
Mat minah Salleh suke benor le lepak sini..

Masak memasak mmg laa WAJIB kan.
Seb baek umah siap dapor segala..
Senang laa nak memasak.. Maklum laa famili besaaar kan..
Kalo makan kedai mau putus urat tengkuk kang.. 
Ahahahahahaha..

Menghijau airnya..

Abah ku yang sentiasa tenang..
Semua dok membahan si Ariq.. Jejaka konon macho tapi penakut air.. hehe
Sempat lagi post b4 sampai port snorkeling

En Shuben pun nak masuk gak
Ereena dah macam beras terbakar
Hariz pun takmo kalah bersnorkeling
Sayangnya banyak batu karang yang dah mati...
The one and only foto bersama-sama di sana
Tiba depan homestay sambung mandi lagi.. oh yeaaaaaaaaaaahh

OK.. itu sahaja coretanku ... Jumpa lagi..

LOVE from HEART