Wednesday, April 27, 2016

Pusat Rawatan SONOTRON Tawakal Bangi

Kisahnya..
Aritu bawak si Al-Fateh pegi 
Pusat Rawatan Sonotron Tawakal Bangi
Tau pasal tempat nie pun dari FB viral laa

Nie alamatnya : 

Lot 1115, Jalan Sejahtera,
Kampung Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi,
SELANGOR

HP plak waze dh buang sbb memory dah santak
Pakai laa Google Maps
Sampai ke Bangi lama sesat oit
Seb baek ada Pakcik nie yang baik hati
Tunjuk jalan sampai ke pusat Rawatan tu

Masa kami sampai
Nampak laa sorang yang amat dikenali
Artis Kartina Aziz tu temankan anak dia menerima rawatan gak
Ku dh sengih-sengih
Mulut gatai nak ajak bergambor tapi x terkeluar plak. 
Maklumlaah nie antara artis senior yang amat ku kagumi..

Kalo nak tau rawatan nie amat laa bagus untuk pelbagai jenis penyakit sebenarnya. 
Bukan takat kena selsema or kahak pekat je. Boleh dikatakan ratusan penyakit pun leh ikhtiar cara ni. 

Dia guna alat yang dipanggil SONOTRON
sekali rawatan dalam 15 minit
Bayaran utk kanak-kanak RM30 / dewasa RM35

Al-Fateh sejak lahir memang perasan dada dia berbunyi
Idung pun sama. Kalo menyusu tu tak mengamuk tak sah. 
Dia macam x puas menyusu dek idung sumbat. 
Maybe lendir lepas deliver aritu still ada dlm hidung or paru-paru dia. 
Tengok selsema takde laa plak
Sebab mmg takde pun meleleh-leleh

Kalo nak gi sini memang kena call dulu. 
Buat temujanji
Kalo main redah je mmg rugi laa sebab dah ada slot memasing.

Alhamdulillah Al-Fateh rileks je wat rawatan nie. 
Bunyi mesin agak bising tapi sebab alat nie kuarkan haba suam-suam kuku buat dia rasa tenang. 

Dihalakan alat ni ke dada, muka, perut, belakang badan. 
Kalo sakit lain akan dihalakan ke tempat yang sakit tu laa. 
Macam Al-Fateh ada lendir yang tak abis keluar so dia halakan alat ke bahagian tersebut.

Tunjuk muka macho tak nanes


Elok 15 minit lepas wat Rawatan tu
Leh plak Al-Fateh terberak sebanyak-banyaknya. 
Tak zabar nak balik rumah tgk najis dia..
Muka dia???
Fuhhh... Legaaaa sesangat tengoknya..

Muka lega lepas membuang. Prot prot prottttt

Bila balik tu tengok, mak oihhh. Banyaaaak nyeeee lendir ala-ala hingus jernih campur najis. 
So nampak dia lega sesangat. 
Lepas tu malam tu dia berak lendir jernih lagi..
Subuh sampai 3 kali dia berak lendir. 
Waaaaa. Mama memang puashati..


Rawatan nie tak perlu amik apa-apa ubat.
So memang saya sarankanlah pada ibubapa yang terpaksa ulang-alik kes anak selsema, demam teruk or kahak pekat gi klinik tu. 
Usahalah cara gini plak sbb kesian tgk anak-anak kena telan ubat. 
Itu laa penyakit yang biasa kepada kanak-kanak kan?

Bagaimana rawatan ini berfungsi :

Sumber : Google (vitamin-cerdik)

Nie antara senarai penyakit yang boleh mendapatkan rawatan nie :


Apa lagi. Meh laa call...


Tu saja perkongsian kali ini. 
Harap ianya banyak membantu anda semua di kala diperlukan kelak. 
Tataaaaaaaaa