Sunday, January 26, 2014

Farm in The City, Seri Kembangan, Selangor


Kisahnya kaklong call ku ajak pi Farm in The City,
ku tak tau menahu pasal tempat nie..
Dia ajak ku survey.. Pikir takde nak buat apa kan ku pun follow je laa..
Bukak maps then ikut je direction dlm maps tu..
Alahai, dekat nak mampos ngan Putrajaya rupanya
Tak sampai 15 min pun perjalanan..
Senang nak cakap 
bebetul belakang GIANT Seri Kembangan.
Satu lokasi pembelajaran menarik untuk anak-anak 
sebab boleh berinteraksi dan bermain dengan haiwan-haiwan 
secara lebih dekat.
Kalo pegi Zoo, haiwan dalam kandang kan
Kite tgk dari jauh je..

Ini haiwan depan hidung kite.. 
Main laa camne nak mainpun 
Jangan sampai haiwan tu pengsan / mati kita kerjakan dah le

Bebudak memang suke sangat la kan main sama haiwan nie
Kite pun suke..
Paling ku terkejut macam taman Ular
Skali tgk ular tu atas jaring kepala ku
Memang choooi betul laaa
Nasib ku tak melompat..
Kena laaa jaga reputasi kan.
Malu laa kt pengunjung lain...

Sangat-sangat recommended tempat nie laaa
Beza sesangata dengan pegi Zoo Negara,
haiwan pun banyak dah tua pastu kurang aktif
Kat sini haiwan semua aktif-aktif belaka..
Tapi takde laaa sampai ada Singa, Harimau, Beruang kan..
mu ingat nie SAFARI ke?
hehehehehe 

Jom cuci mata tgk di hari kejadian ..

Haaaaa.. dapat meluk kan best

seb baek badan keras.. kalo lelembik mmg ku tak pegang
Si Izzat yang sangat berani ngan sume haiwan
Bapak ular sawa
tgk ular nie atas kepalaku.. terkejut mak
Burung Merak memang jenis eksen ek.. orang lalu je dia kembangkan bulu nye

Izzat first time tgk ayam kot
bagi kambing mamam

Ereena yang suke bebenor ngan arnab
Meh tangkap ikan plak
Food court juga terdapat di dalam Farm in The City
Kura-kura mesra pengunjung
RM5 untuk naik Kuda
Terkejut bila tetibe rusa dtg dari belakang kami
Arnab yang comel
nie memerang ke hape ntah
The Most Largest Rabbit in the World
Iguana
Wefie di pintu masuk

Senarai Harga Tiket


Ada beratus foto kami, tapi takkan ku nak masukkan semua plak kan..
korang kena laa pi sendiri..
Ada jugak Unta, Burung Ostrich dan banyaaaak lagi haiwannya..
Best - Berbaloi - tak Rgi - Puas Hati

Lokasi :
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
    Tel : +603-8941 2099

 

Sunday, January 19, 2014

Homestay Seri Bulan Apartment, Port Dickson, Negeri Sembilan


Atas permintaan sahabat-sahabat. 
Review penuh untuk lokasi kali ini iaitu Seri Bulan Apartment.. 
Sesiapa yang berminat utk ke Port Dickson boleh lepak kat sini 
sbb paling hampir dgn pantai Teluk Kemang dan harga sangat berpatutan.

Kemudahan :

3 bilik tidur 2 bilik mandi
Semua bilik tidur fully Aircond
Aircond @ Living Hall
Corner Lot
Apartment Aras 2
Elevator (Lift)
Water heater semua bilik mandi
Set Sofa
1 pool dewasa
2 pool kanak-kanak
3 port BBQ di tepi laut
Hall yang luas
Balcony yang luas
Kemudahan TV & ASTRO
Meja makan 6 kerusi
Dapur memasak
Dapur Elektrik
Kettle
Periuk Nasi 1L
Blender
Lesung Batu
Peralatan BBQ
Set pinggan mangkuk
Peti Ais
3 set toto + 6 biji bantal tambahan

**Paling menarik ianya adalah CORNET LOT paling hujung. So jika riuh rendah dan ber BBQ tidak mengganggu privasi penghuni lain. Ianya juga berlainan blok yang menghadap pool.. Lebih privasi utk gathering family yang besaaaar...

Owner : Encik Kahar 017-8830360

 
Ruang tamu

Pandangan hadapan
Bilik tidur utama

Bilik tidur ke-2


Bilik Tidur ke-3

Ruang menonton
Kitchen Cabinet

Balkoni


Swimming Pool Dewasa

Swimming Pool Kanak-kanak

Puas hati tak?