Sunday, November 24, 2013

Kellie's Castle, Perak Darul Ridzuan


Kellie's Castle.. Seindah namanya..
Singgah sebentar di sini.. ini merupakan kali ke-4 
ku ke sini.. 
Kali ini ku takde hati nak masuk.. Tak pasti plak kenapa..

Sekarang tempat ini makin cantik. Terurus dan yang pasti telah ada kaunter tiket jualan.. 
Dewasa Rm5 manakala kanak2 RM3.. Boleh tahan harganya..

Tempat ini terlalu banyak kisahnya.. Pelbagai versi. 
Ada juga dikalangan kawan2 yang telah mengalaminya sendiri..

Paling pasti ini merupakan tempat bersejarah yang wajib dikunjungi jika anda melawat Perak.


Menurut penjaga Castle ini ada terowong rahsia di bawah tanah 
yang menghubungkan di antara Kellie's Castle hingga ke Kuil Hindu berhampiran..
Terowong itu tidak pernah dibuka kepada orang ramai.
Pada waktu itu ramai pekerja di sini adalah terdiri dari warga India
yang bekerja di dalam ladang sekitarnya.. 

Pernah kawan Cik Abe kena ganggu masa lalu depan jalan nie..
Kisahnya... Jeng jeng jeng
Malam nan sunyi.. lebih kurang jam 12.30pagi..
Hujan turun renyai-renyai..
Dikejauhan nampak susuk tubuh dari atas bangunan Kellie's Castle melambai-lambai
ke arahnya..
Biar betul???
Siapa plak dok atas bangunan tu sensorang..
Bila diamati susuk tubuh tu tak ubah seperti orang Inggeris..
Haaaaa??

OK.. tu jee citer selingan dari kawan..
Pas kejadian dia demam 3 hari
Kalo dia tipu maksudnya ku pun tipu kalian la.. Kihs..

Abah mmg suka bergambar
Here we are!
Castle berhadapan dengan sungai.. Macam Cinderella plak
Ehhh.. Sape kat atas tu ??
Ohhhh.. Bangah rupanya..
Terdapat jugak maps Pelancongan Batu Gajah, Perak
Waktu operasi
Shuben pun nak interprem gak
Bayar jangan tak bayar
Kemudahan yang sangat lengkap
Cantik sangat dah tempat nie

Dah ada Cafe sekali dah

Saturday, November 16, 2013

Family Trip ke Pulau Pangkor, Perak

Tujuan asal kami ke Perak adalah untuk
Majlis Konvokesyen si Kaksha yang baru habis
di UITM Seri Iskandar, Perak.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
alang-alang ke Perak biar sampai jejak ke Pulau Pangkor..

Ku memang laa touching bila ke Pangkor nie..
Nie laa port honey madoo ku mendapatkan si permata hati
Noor Daania Ereena

Bila jejak je kaki ke sini,
segala memori akan segar kembali..
Wallaweeeeyyy.. Ini semua P.O.Y.O !

Kami cuba naik Feri dr Port baru iaitu 
Marina Bay berdekatan dengan kem TLDM Lumut.
Jadi agak mahal sket laa dari naik kt Jeti biasa tu
Lagipun Jeti Marina nie lebih dekat dengan Pulau Pangkor..
So cepat sket sampai nye..

Sampai je Jeti Pangkor terus dapatkan Van Pink tu..
Adoyai.. memang nostagia sungguh!
Homestay kami kali nie di rumah JPS
betul-betul berhadapan Pantai Nipah

Korang mesti tau kan betapa happeningnya
Pantai Nipah nie ketika malam
Sini adalah port paling 'live' bila malam.
Mat minah Salleh suke benor le lepak sini..

Masak memasak mmg laa WAJIB kan.
Seb baek umah siap dapor segala..
Senang laa nak memasak.. Maklum laa famili besaaar kan..
Kalo makan kedai mau putus urat tengkuk kang.. 
Ahahahahahaha..

Menghijau airnya..

Abah ku yang sentiasa tenang..
Semua dok membahan si Ariq.. Jejaka konon macho tapi penakut air.. hehe
Sempat lagi post b4 sampai port snorkeling

En Shuben pun nak masuk gak
Ereena dah macam beras terbakar
Hariz pun takmo kalah bersnorkeling
Sayangnya banyak batu karang yang dah mati...
The one and only foto bersama-sama di sana
Tiba depan homestay sambung mandi lagi.. oh yeaaaaaaaaaaahh

OK.. itu sahaja coretanku ... Jumpa lagi..

LOVE from HEART